Lelaki yang cuba tembak isterinya sendiri di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1), Sepang rupanya seorang yang hafal al-Quran.
Jangan terkejut bahawa dia juga sebenarnya adalah bekas pelajar sekolah pondok di Repek, Pasir Mas, Kelantan.
Hafizul Harawi, 38, berasal dari Selangor dan membesar di Kuala Lumpur.
Polis pun sudah mengesahkan dia mempunyai pengetahuan yang mendalam dan alim berkaitan agama.
Hafizul didapati fasih dengan ayat al-Quran dan merupakan seorang hafiz berdasarkan ujian yang dilakukan oleh pihak polis.
Suspek ditahan di hadapan sebuah hospital swasta kira-kira jam 3 petang, 15 April lalu di hadapan sebuah hospital swasta di Jalan Bayam.
Ketika ditahan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9), JSJ Kontinjen Kelantan itu, Hafizul dilapor seorang diri dan berlaku pergelutan.
Pihak polis kemudian merampas sepucuk pistol daripada lelaki itu.
Rupanya, suspek ketika ditahan itu baru seminggu pulang dari Arab Saudi sebelum bertindak melepaskan tembakan ke arah isterinya yang dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di tempat kejadian.
Namun, tembakan itu terkena Muhammmad Nur Hadith, 37, yang juga pengawal peribadi isteri suspek mengakibatkan mangsa cedera parah.
Setakat 16 April lalu, pengawal peribadi berkenaan, Muhammmad Nur Hadith menjalani pembedahan di Hospital Cyberjaya.