Jangan tinggal 5 perkara ini jika nak kulit glowing macam pelakon Korea

Memiliki kulit wajah yang licin tanpa sebarang cela memang diimpikan oleh semua orang samada lelaki atau perempuan. Hal ini kerana, mempunyai kulit yang glowing, cantik dan bersih ini memberi keyakinan yang ekstra kepada diri kita khususnya buat kaum wanita.

Daripada menghabiskan duit beratus-ratus untuk rawatan sebenarnya, ada lima perkara asas yang boleh dilakukan untuk menjaga kulit wajah.

1. Banyak minum air kosong

Pertama dan paling penting, hidrasi adalah kunci utama! Maka, wanita kena lebih banyak minum air kosong kerana ia sudah tentu tinggi dengan oksigen yang sangat diperlukan untuk elak dehidrasi.

Pun begitu, jangan memaksa untuk minum lebih daripada 10 gelas air kosong sehari. Cukup sekadar 8 gelas sahaja setiap hari sesuai dengan saranan pakar supaya kulit anda kekal cantik dan sihat.

2. Elak minum alkohol & kafein

Sehubungan di atas, elakkan pula minuman yang kurang baik terutama beralkohol dan berkafein kerana ia bukan sahaja akan meningkatkan risiko dehidrasi malah boleh merosakkan kulit anda.

3. Cuci sisa mekap sebelum tidur

Ini kerana mekap atau alat solek yang melekat pada kulit dalam tempoh waktu yang terlalu lama boleh membuat liang pori pada kulit anda tersumbat lantas terkumpul minyak, debu dan pelbagai kotoran lain.

4. Eksfoliasi

Metode pembuangan atau pengelupasan sel kulit mati (eksfoliasi) amat penting untuk menyingkirkan kulit yang tidak lagi diperlukan supaya ia dapat digantikan dengan kulit lebih baru, cantik dan sihat.

5. Pakai pelindung matahari setiap hari

Terutama jika anda kerap berada di luar rumah, wanita perlu sentiasa menggunakan krim, losyen atau ubat pelindung matahari agar radiasi daripada sinar ultra ungu matahari tidak dapat menembusi kulit anda.

Mudah sahaja kan?

Baca juga: https://themalaysialife.com/wanita-ini-ceritakan-keunikan-malaysia-setelah-11-tahun-menetap-di-sini-yang-tidak-terdapat-di-romania/