Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mengakui rindu kepada anak lelakinya iaitu Syamsul Yusof meskipun sudah lebih setahun tidak bersua muka.
Menerusi temubual di Melodi, dia menyatakan bahawa dia redha andainya anak kesayangannya itu tidak mahu lagi menjejakkan kaki di kediamannya yang terletak di Taman Melawati itu.
Bagaimanapun, dalam nada tegas pengarah terkenal itu mengingatkan Syamsul Yusof supaya jangan menunggu hingga kehilangan baru tersedar kewujudan mereka suami isteri.
“Tak salah tahun lepas masa mak mertua saya sakit (berhubung). Ibu dia ada hubungi, masa itu saya ada berbual sekejap. Tapi sebelum itu, dah bertahun dia tak balik. Tak apa saya tak marah, tak anggap bukan-bukan.”
“Sebagai anak, mungkin ada benda yang dia tak puas hati dengan ibunya atau dengan saya. Bagi saya, tak apa lah kami bagi masa. Terserah kepada Syamsul untuk balik berjumpa dengan ibunya. Kalau dia tak nak balik pun, terserah. Tepuk dada tanya selera”.
“Kami sudah nak menjangkau 70 tahun pada tahun depan. Ramai rakan seperjuangan saya sudah pergi. Kepada anak saya, jangan tunggu sampai bapa kau sudah tak ada, baru nak cari”.
“Jangan anggap apa yang ibu bapa luah itu sebagai untuk merendahkan kamu. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik.”.
“Papa rasa jiwa kamu akan lagi tenang apabila kamu berbaik dengan ibu terutamanya serta keluarga. Wang bukan segala-segalanya. Dalam solat kami sentiasa doakan yang terbaik.”