‘Jangan undi Nik Amar kali ini biar dia rasa dia kalah, dia naik pun kerana orang’- Nik Abduh tidak dicalonkan

Jangan undi Naib Presiden Pas, Mohd Amar Abdullah pada kali ini biar dia rasa dia kalah, dia naik pun kerana orang seru adik Tan Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana mendedahkan dalang di sebalik ketiadaan nama Nik Mohammad Abduh sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan.

Nik Din Nik Mat memberitahu jangan memberi undi kepada Nik Amar, jika berbuat demikian maka sesiapa sahaja akan sokong kejahatan.

“Jangan undi Nik Amar kerana undi dia bermakna kita sokong atas kejahatan dia sedangkan Tok Guru Haji Hadi Awang telah tulis surat kepada Pesuruhjaya Pas Kelantan (Ahmad Yakob) supaya diberikan kerusi DUN Chempaka kepada Nik Abduh, tetapi dia (Nik Amar) tolak,” katanya.

Sebelum itu, tular rakaman video yang tersebar di aplikasi WhatsApp apabila adik Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka mendedahkan dalang di sebalik ketiadaan nama Nik Mohammad Abduh sebagai calon PRN Kelantan.

Nik Din berkata malah Mohd Amar Abdullah sebagai jahat walaupun presiden parti itu telah memberi jaminan bahawa Nik Abduh akan dicalonkan.

Bahkan, dedah Nik Din, beliau sendiri bertemu dengan Abdul Hadi di Rusila pada 23 Jun lalu dan diberikan jaminan itu.

“Haji Hadi maklumkan parti memang perlukan Nik Abduh kerana dia seorang yang cerdik, kerjanya bagus, dan rajin bersuara di parlimen.

“Jadi, ambo hairan bila diperhatikan nama Nik Abduh tidak dicalonkan di DUN Chempaka,” katanya.

Sehubungan itu, Nik Din menganggap tiada kerja lain yang menjadi dalang gugurnya nama anak saudaranya sebagai calon melainkan Mohd Amar.

“Apabila DUN Chempaka kosong, ambo tengok nama dia (Nik Abduh) tak ada, ini saya hairan dan takda kerja orang lain.

“Ini kerja Nik Amar (Mohd Amar) jahat dan dia tak bagi kepada Nik Abduh dan sampai di telinga saya dia tak bagi keluarga tok guru Nik Aziz bertapak di kawasan Pengkalan Chepa,” tegasnya.

Dalam rakaman video tular itu juga, Nik Din menyeru agar pengundi DUN Panchor tidak berpihak kepada Mohd Amar.

“Oleh itu, ambo rayu kepada adik-kakak jangan undi Nik Amar kali ini, biar dia kalah dan rasa sebab dia naik pun kerana rakyat.

“Siapa yang dengar video ini jangan undi Nik Amar, dan kalau kita undi maknanya kita sokong kejahatan dia.

“Orang seperti inilah yang menyebabkan PAS punah dan jahanam,” kata Nik Din lagi.

Untuk rekod, Parlimen Pengkalan Chepa mengandungi DUN N.05 Kijang, N.06 Chempaka dan N.07 Panchor yang ketiga-tiganya merupakan kubu kuat Pas. Mohd Amar sejak tahun 2004 lagi menjadi ADUN Panchor.

Nik Abduh sebelum ini mendedahkan permintaannya untuk bertanding di salah satu daripada tiga kerusi DUN di Parlimen Pengkalan Chepa telah ditolak.

Dedah Nik Abduh, peringkat awal Pas bersetuju mempertimbangkan hasratnya itu tetapi beliau kemudiannya mengambil sikap berlapang dada apabila namanya tidak tersenarai sebagai calon.

Jelasnya, beliau telah menyatakan hasrat kepada kepimpinan parti untuk kembali ke Parlimen Pengkalan Chepa setelah dua penggal atau lebih 10 tahun bertanding di kawasan Parlimen lain.

Nik Abduh berkata, tujuannya untuk mahu kembali ke Pengkalan Chepa bagi membolehkan beliau menjaga wakaf pendidikan yang telah ditinggalkan oleh Almarhum ayahnya.

Baca juga: Tak sampai 5 minit wau bulan gergasi milik Pas megah berdiri akhirnya tersungkur lalu menyembah bumi