“Janganlah terjun..” , Bomba pujuk lelaki cuba bunuh diri

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Cubaan seorang lelaki membunuh diri dengan terjun dari balkoni pangsapurinya di Wangsa Maju gagal selepas berjaya dipujuk anggota bomba.

Kejadian tengah hari tadi itu disedari selepas Perkhidmatan Tindak Balas Kecemasan (MERS 999) menerima panggilan pada 12 tengah hari.

Penolong Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Letchumann Mariappen berkata, ketika berada di lokasi kejadian pihaknya menemui seorang lelaki berusia 26 tahun di balkoni kediamannya.

Menjelang 1.30 tengah hari, lelaki itu akhirnya berjaya dipujuk daripada cuba membunuh diri selepas dibantu Pasukan Penyelamat Aras Tinggi (HRRT).

Sumber : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/05/janganlah-terjun-bomba-pujuk-lelaki-cuba-bunuh-diri/