Janin bayi cukup sifat ditemui di dalam mangkuk tandas

Janin bayi cukup sifat ditemui di dalam mangkuk tandas di sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak.

Memetik Bernama, siasatan awal mendapati janin lelaki yang dianggarkan berusia enam hingga lapan bulan itu telah dibuang ke dalam mangkuk tandas di stesen minyak tersebut.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira 4.57 petang dan sepasukan pegawai serta anggota telah menjalankan siasatan di tempat kejadian.

“Janin tersebut dibawa ke unit forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan siasatan masih dijalankan berhubung kejadian,” katanya.

Ashari berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut boleh menghubungi Ibu Pejabat Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Kuala Lumpur 03-21159999 atau balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat dengan sulit yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Baca Juga: Wanita kesal tetamu buang pampers yang berbau terus ke dalam tong sampah tanpa lapik

Baca Juga: Jika tahu tidak cukup pesawat, mengapa masih jual tiket penerbangan?