Ustazah Asma’ Harun telah menegur salah satu babak yang disampaikan oleh seorang pelakon iaitu Janna Nick dalam slot baharu terbitan stesen televisyen swasta.
Di mana babak itu diungkapkan oleh Janna, sewajarnya mengaitkan makam Rasulullah lebih-lebih lagi dialog yang dilontarkan mengandungi perkataan yang tidak sesuai.
Teguran tersebut difahamkan merujuk kepada babak dalam slot Samarinda iaitu Surat Dari Tuhan yang dilakonkan oleh Janna dan pelakon, Sheila Mambo.
Yang hairannya babak tersebut juga dipercayai dilakonkan di Tanah Suci berhampiran dengan Masjid Nabawi dan Madinah.
Dalam pada itu Ustazah Asma’ telah menerima mesej peribadi daripada Janna yang mengakui khilafnya itu.
“Saya juga mendapat direct message (DM) di Instagram daripada saudari Janna Nick. Beliau menuliskan mesej dengan sangat baik, bagus dan berhemah.
“Di situlah saya merasakan betapa hebatnya Janna Nick. Walaupun berada dalam situasi tertekan, dia masih boleh menulis dan menyusun kata-kata yang sangat baik kepada saya,” kata turut memuji Janna.
Ustazah Asma’ berkata, Janna yang dikatakan mampu menulis dan menyusun kata-kata yang sangat baik kepadanya atas teguran yang diberikan.
Dalam masa yang sama Ustazah Asma’ turut memuji reaksi pantas pihak stesen televisyen, TV3 yang memutuskan untuk memotong terus babak tersebut selepas mengundang rasa kurang sedang pelbagai pihak.
Beliau juga mengakui kesalahan tersebut tidak boleh diletakkan kepada pelakon sahaja tetapi pihak di belakang tabir juga harus bertanggungjawab.
Katanya lagi, ada kalanya para pelakon terikat dengan kontrak dan terpaksa mengikut kehendak pengarah.
Baca juga: Akhirnya Starbucks ambil keputusan tutup kesemua 7 cawangannya