Viral video Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menikahkan Sabri Yunus. Video itu menjadi polemik disebabkan ada sesetengah pihak jarang melihat sesuatu yang berbeza daripada amalan kebiasaan mereka.
Yang menarik dalam majlis itu adalah pengantin lelaki dan kadi tidak bersalam ketika ijab qabul, tidak mensyaratkan akad dengan hanya satu nafas seperti amalan masyarakat, Sabri Yunus hanya menyebutkan “Saya terima dengan seperti yang disebut” tanpa beliau menyebut lafaz panjang lebar seperti mahar, nama pengantin dan lain-lain.
Perbuatan ijab qabul dilakukan dalam video itu sah disisi ulamak Islam Ahli Sunnah Waljamaah.
Menurut seorang saksi yang hadir pernikahan antara Sabri Yunus dan pasangannya di kediaman Mufti iaitu Hadi Akmal.
Katanya, pernikahan itu sah dan kecewa juga apabila ada agamawan yang cuba untuk mengatakan nikah tersebut membawa kepada zina kononnya nikah tidak sah.
Menulis di Facebooknya kata beliau pernikahan itu sah menurut majoriti ulamak Islam dan juga dihukum sah oleh ulamak kontemporari zaman ini.
Bahkan ada juga nukilan daripada ulamak Syafieyah mengatakan sah walaupun bukan qaul muktamad.
“Apabila ada sahabat kita menukilkan terdapat sebahagian ulamak Syafieyah juga menyatakan sah, ada pihak lain yang cuba bermain dengan isu:
“Itu bukan pandangan muktamad Syafie!!!” Siapa sedang bercerita itu pandangan muktamad atau tidak?
“Saya perasan lama benda sebegini, dahulu apabila kita buktikan beberapa amalan masyarakat kita bercanggah dengan pandangan muktamad mazhab seperti bayar zakat fitrah (fitr) guna duit dan lafaz sighah jual beli. Hukum guna mesin air gedegang, hukum beli tiket KTM guna mesin.
“Dua benda di atas ini tak boleh menurut pandangan muktamad mazhab Syafie.
“Ada sesetengah pihak tetap nak pertahankan dengan nukil dan kutip pandangan-pandangan segelintir ulamak mazhab Syafie yang benarkan transaksi di atas walaupun bukan pandangan muktamad mazhab. Maksudnya mereka nak kata masih tidak keluar mazhab lagi la. Ada lagi ulamak mazhab Syafie kata boleh menurut mereka walaupun bukan pandangan muktamad.
“Tapi bila bab nikah Sabri Yunus ini kita nukilkan pandangan ulamak Syafieyah yang menyatakan sah pernikahan itu, lain pula sifir mereka. Mereka kata:
“INI BUKAN PANDANGAN MUKTAMAD!!! KENA ADA DISIPLIN UNTUK NUQIL. KITAB ITU BUKAN UNTUK CARI PANDANGAN MUKTAMAD!! “
“Bias, tidak adil. Ini saya perasan lama dah. Bila dekat depa, boleh nukilkan pandangan tidak muktamad untuk sebutkan amalan mereka masih dalam mazhab Syafie. Bila kita nukil, terus tidak boleh. Sukar untuk cari ilmuan yang insof (adil) dalam bicara bab hukum,”kata beliau.
Pandangan jumhur (majoriti) ulamak yang mengatakan sah nikah jika pengantin mengatakan “Aku Terima”. Dukacita ada agamawa cuba mengatakan pernikahan tersebut membawa kepada perzinaan kerana tidak sah.
Bukankah ini penghinaan kepada ulamak?
Pernikahan Sabri Yunus yang dilakukan oleh Mufti Perlis itu sah.
Baca juga: Tandas berlendir, pinggan berdaki, berkerak buat netizen ‘termuntah’ tengok kedai ini