Jasad Tangmo Nida tak jadi dibakar, mayat akan dibedah siasat kali kedua

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Upacara pembakaran mayat pelakon terkenal Thailand Tangmo Nida yang sepatutnya dilakukan pada Isnin telah ditunda secara rasmi.

Dilaporkan, ibu kepada Tangmo iaitu Panida Siriyudthayothin mengarahkan forensik untuk memindahkan mayat Tangmo ke Institut Pusat Ilmu Forensik.

Perkara itu dimaklumkan Panida menerusi peguam keluarga Tangmo, Kritsana Sriboonpimsuay pada Ahad.

“Saya telah menyerahkan dokumen kepada penyelidik di Ibu Pejabat Polis Daerah 1, meminta mereka untuk membekukan tubuh sebelum memindahkan mayat ke Institut Pusat Ilmu Forensik,” katanya.

Keluarga Tangmo yakin terdapat luka pada tubuh Tangmo dan ingin mengetahui punca kematian.

Bedah siasat kali kedua mayat Tangmo diutarakan oleh aktor dan petugas penyelamat yang bernama Ekkapun.

Ekkapun adalah individu pertama yang melihat mayat Tangmo sejurus dikeluarkan dari sungai.

Katanya di sebuah program televisyen, wajah Tangmo seperti terkena pukulan benda keras, ada luka di mata kanan dan beberapa gigi patah.