Jeep keluarkan trak pikap 6 tayar, diberi nama Hellfire- “Pemilik boleh larikan diri dari kiamat nanti”

Sebuah syarikat pengeluar kenderaan di Florida telah mengubah suai trak pikap Jeep Gladiator menjadi ‘kereta kebal’ dengan enam tayar, yang didakwa boleh digunakan ketika dunia menghampiri kiamat.

Jeep Hellfire yang berharga AS$189,930 (RM889,347), dilengkapi dengan bampar hadapan dan belakang yang diperbuat daripada keluli tebal yang sesuai untuk bertahan dalam keadaan sukar.

Kenderaan ini mampu mencapai kelajuan sehingga 96 kilometer sejam dalam masa hanya 3.7 saat.

Menurut syarikat Apocalypse Manufacturing, model Gladiator kenderaan biasa biasanya memiliki panjang sekitar 5.4 meter. Namun, Hellfire telah direka untuk mencapai panjang sekitar 6 meter.

“Kesemua ciri itu menjadikan kenderaan tersebut sebagai pilihan tepat untuk pemiliknya melarikan diri daripada zombi atau apa-apa sahaja bencana hari kiamat.”

Baca juga: Netizen bengang ‘pilot darat’ lekat sticker lucah, saran JPJ bagi kompaun- “Kalau kita tegur pun bukan diorang tahu segan”