Seramai 392 jemaah haji dari Makassar Sulawesi Selatan yang baru tiba di Bandara Sultan Hassanuddin namun yang menjadi perhatian adalah gaya pemakian jemaah haji wanita termasuklah memakai barang kemas yang banyak.
Setelah menempuh perjalan jauh dari Jeddah selama kurang lebih 12 jam, akhirnya mereka tiba di tanah air.
Bagaimana pun ada sesetengah jemaah haji wanita sempat menunjukkan barang kemas yang dipakainya.
Yang menariknya daripada penerbangan pertama dari Jeddah ke Makassar kerana ada jemaah mengenakan pakaian khas suku Bugis yang glamour lengkap dengan barang kemas yang mengerlip.
Bahkan tidak sedikit pun daripada mereka memakai emas puluhan gram, mulai dari kalung hingga ke cincin emas benilai ratusan juta rupiah yang ternyata sudah menjadi bualan semasa tiba di tanah air.
Mereka mempamerkan emas di badan sebaik sahaja pulang ke tanah suci. Barang emas yang dibeli lebih daripada AS500 dollar atau 75 juta Rupiah
Sebelum itu, salah seorang jemaah haji dari Makassar baru tiba Suanarti Daeng Kanang mempamerkan barang kemas dia sebelum turun dari airport.
Begitu juga seorang lagi jemaah haji bernama Mira Hayati di TikToknya @_mirahayati melakukan transaksi pada harga 366 juta rupiah untuk membeli emas.
Beliau dia membeli pelbagai emas perhiasan seperti cincin, gelang tangan dan rantai leher.
Jumlah semua barangan kemas itu bernilai 1 bilion rupiah (RM307,895) dengan salah satu rantai dibeli harganya 366 juta rupiah (RM112,689).
Bagaimanapun kedua-dua mereka ini kini dipanggil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Baca juga: Tak sangka suami ada anak luar nikah, akhirnya isteri terpaksa berlapang dada terima anak itu