Siapa yang tak kenal dengan pendakwah popular berasal dari Terengganu Ustaz Azhar Idrus atau nama sebenarnya ialah Zamrul Idrus dilahirkan pada 12 februari 1964 yang merupakan seorang penceramah bebas malaysia.
Beliau dikenali dengan nama singkatan UAI seorang penceramah yang mempunyai gaya penyampaian dan ceramahnya yang bersahaja juga diselit dengan lawak jenaka dan jawapan yang bersahaja dalam dialek terengganu.
Baru-baru ini dalam satu siri ceramah beliau menerima soalan pelik dari jemaah masjid. Soalan tersebut berbunyi ‘Munkar dan nakir siapa lagi tua?’
Satu masjid ketawa dengan jawapan yang diajukan kepada pendakwah popular tersebut.
Jawapan bersahaja dari UAI membuatkan ramai lagi ketawa. Beliau menjawan “manalah aku tahu, orang pun kadang-kadang kita tak tahu mana lagi tua..ini kan munkar nakir yang kita tak jumpa lagi”
“nantilah kita tahu kita jawab..”
Berbali kepada kisah UAI, beliau mendapat Pendidikan awal oleh kedua ibu bapanya dan belajar di Sekolah Rendah Haji Mohd Sharif, Alor Star, Kedah dari tahun 1971 hingga tahun 1976.
Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star dari tahun 1977 sehingga tahun 1978 kemudian berpindah ke Negeri kelahiran beliau iaitu Terengganu dan mula bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dari tahun 1979 hingga tahun 1983 iaitu dari Tingkatan 3 sehinggalah Tingkatan 6.
baca: Geli tengok senduk kayu masih ada sisa makanan, ini rupanya tips rahsia yang anda kena tahu