Jemput bekas mertua makan di rumah, terbongkar rupanya bagi makan cendawan beracun sampai mati

Seorang wanita yang menjemput kedua bekas mertuanya untuk menjamu selera mendakwa tidak mengetahui cendawan yang dihidang boleh meragut nyawa.

Erin Patterson, 48 menjemput kedua bekas mertuanya ke rumah untuk makan tengahari namun selepas beberapa jam keduanya dikejarkan ke hospital selepas mengalami sakit perut.

Namun, selang beberapa hari pasangan tersebut dikatakan meninggal dunia.

Patterson serta anak-anaknya tidak mengalami gejala tersebut kerana tidak menjamah cendawan itu namun dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga jaga.

Berikutan masih banyak yang tidak dapat dipastikan dalam kes itu, termasuk polis tidak dapat mengesahkan sama ada mangsa makan cendawan beracun tersebut, menyebabkan Patterson tidak menjadi suspek utama pembunuhan.

Siasatan masih lagi dijalankan hingga kini.

Baca juga: Gila! Curi 35 kilogram makanan buffet hotel, pelancong Rusia ini ditahan