Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG), pelawak dan penyampai radio Sinar FM Jep Sepahtu kesal dengan tindakan beberapa orang rakan selebriti yang didakwa sengaja meraih perhatian dengan menceritakan tentang perihal dirinya.
Aku ni sebenarnya malas nak layan hal-hal remeh tapi bila dibiarkan makin seronok pula mereka sembang.
Dah tak ada nama lain ke nak tunggang?
Ramai yang menganggap hantaran tersebut dituju kepada bekas ahli kumpulan sepah iaitu Shuib dan Mamat yang telah tampil dalam Dol’s Podcast. Dalam podcast tersebut, mereka berulang kali menyebut nama Jep.
Namun rata-rata peminat mendakwa tidak ada salahnya bagi Mamat dan Shuib menyebut kisah lama mereka yang tidak menjatuhkan aib Jep pun sebenarnya.
Namun, ramai tidak tahu sebenarnya Jep mempunyai penyakit OCD. Mungkin ramai menghidap penyakit ini, bezanya cuma kita sedar atau tidak. Paling ketara, penghidap OCD boleh dikenalpasti apabila seseorang itu melakukan sesuatu berulang kali sehingga menimbulkan rimas kepada orang lain.
Sebelum ini tular rakaman Jep Sepahtu baru-baru ini menerusi TikTok @lindaonn memaparkan dia memakai sarung tangan plastik untuk makan karipap telah mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video yang dikongsi oleh @lindaonn, kelihatan Jep sedang berada di sebuah kafeteria dan baru saja duduk untuk menikmati sebiji karipap bersama teh tarik.
Apa yang mencuri perhatian adalah apabila dia dilihat memakai sarung tangan plastik untuk makan karipap tersebut.
Linda Onn yang terkejut melihat situasi itu terus bertanya kepada Jep kenapa dia berbuat sedemikian. Rupa-rupanya, Jep membuka mulut bahawa dia ada penyakit OCD.
Apabila diterjah ke dalam begnya pula, terdapat sekotak sarung tangan plastik yang dibawanya sebagai stok.
“Okay, ni sesuatu yang baru kita belajar tentang Jep hari ini,” kata Linda.
Baca: Olimpik: Patutlah acara larian jauh selalu orang Afrika menang, ini sebabnya