Jersi ‘Tangan Tuhan’ milik Diego Maradona bakal dilelong pada harga RM22 juta. Jersi yang dipakai pada Piala Dunia 1986 dijangka akan dijual dengan harga £4 juta (RM22.05 juta) dalam satu sesi lelongan.
Ikon legenda itu menjaringkan kedua-dua gol ketika suku akhir berdepan England.
Gol pertama Maradona dijaringkan secara kontroversi apabila menggunakan tangan bagi menewaskan Peter Shilton.
Bagaimanapun gol kedua dijaringkannya digelar “Gol Abad Ini.”
Hodge menukar jersinya dengan Maradona selepas kekalahan mengecewakan itu.
Pemain berusia 59 tahun itu tidak melalui hari yang bagus dalam perlawanan berkenaan.
Hodge juga secara tidak sengaja memberikan bola kepada Maradona yang menyebabkan gol ‘Tangan Tuhan’ itu.
“Saya menjadi pemilik jersi ini selama lebih 35 tahun, sejak Diego dan saya menukar jersi di terowong selepas perlawanan popular itu.
“Ia memang satu penghormatan bermain menentang seorang daripada pemain terhebat dan menakjubkan sepanjang zaman itu,” kata Hodge. – AGENSI
Baca Juga: Tok Imam keliru nak nikahkan pasangan sebab nama ayah sama
Baca Juga: Tahun lalu RM15, hari ini harga ayam percik RM25 seekor ini alasan peniaga