Jika anda ke Broga, bolehlah singgah hotel dalam kapal terbang pertama di Malaysia!

Jangan tak tahu sebenarnya kita ada penginapan unik dalam kapal terbang yang baru sahaja dibuka baru-baru ini.

Hotel dalam kapal terbang ini merupakan yang pertama di Malaysia dan jika anda gemar melancong sambil merasai suasana baru, memang patut datang bermalam di hotel kapal terbang ini.

Daripada hanya sebuah kapal terbang, kini ia telah diubah suai menjadi satu tempat penginapan yang terletak di Twin Jets Resort. Ini adalah satu-satunya resort di dunia yang menggunakan 2 pesawat sebagai penginapan.

Hotel dalam kapal terbang ini berlokasi dekat dengan Bukit Broga Resort dan dikelilingi alam kehijauan. Yang teringin merasa keunikan bermalam dalam kapal terbang bolehlah cuba bercuti di sini. Nak buat event juga boleh, pasti meriah.

Harga penginapan biasa di resort ini bermula dari RM900 dan untuk Premium Jet pula berharga RM18,000.

Bagaimanapun jika anda tidak mahu menginap di penginapan jenis kapal terbang, terdapat juga penginapan biasa di Twin Jets Resort seperti di Executive Container Suite yang berharga RM900 atau Malaysia Book Of Records Single Storey house yang berharga RM3,000

Untuk pengetahuan, Twin Jets Resort terletak di Lot 4916 Kampung Sri Broga, Lenggeng, Negeri Sembilan.

COMMENTS