“Jika bersatu nak lawan Umno, kita sedia!” – Noh Omar

UMNO Selangor bersedia bertembung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, pertembungan itu tidak dapat dielak sekiranya Bersatu meletakkan calon mereka di kerusi ditandingi UMNO di negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, UMNO Selangor akan memastikan calon parti itu tidak menentang Pas bagi mengelakkan kekalahan sama seperti dialami pada PRU14.

Baca Artikel Penuh