Jiran yang baik juga adalah salah satu rezeki dari allah.
Pasti ramai yang mempunyai jiran yang mempunyai perniagaan secara kecil-kecilan demi menampung kehidupan mereka.
Tidak salah untuk menyokong perniagaan mereka namun andai sering ditidakkan hak sebagai pelanggan, pasti anda akan marah bukan?
Wanita ini berkongsi kisah dirinya yang hanya mahu membantu jirannya dalam perniagaan namun sering disalahkan kerana asyik mendesak.
Assalamualaikum semua warga FB, rakan alam maya. Aku datang sebab nak meluah sikit. Maaf terkeluar topik ni tapi aku perlukan sangat nasihat dari semua.. Admin tolong hide nama aku ya. Aku bukan nak cerita tentang masalah rumahtangga atau keluarga tapi pasal jiran aku ni.
Aku dulu rapat sungguh dengan jiran sebelah kanan, rumah sewa aku ni. Kami sekeluarga rapat. Dan nak dijadikan cerita, jiran aku ni pandai menjahit baju. Disebabkan dia selalu cerita pada aku yang dia ada sedikit masalah kewangan, aku rasa kesian.
Aku fikir nak tempahlah, nak buat baju minta dia jahitkan. Walaupun banyak lagi tailor lain yang boleh aku pergi, yang lagi elok tapi sebab nak tolong dia punya pasal, aku pun beli kain, minta dia yang jahitkan. Sekurang-kurangnya ada la duit income dia masyuk.
Asalnya dia bagitau aku dalam seminggu boleh siap tempahan baju. Bukannya susah pun, baju blouse ringkas saja. Dia sendiri yang bagitahu macam ni. Aku takde tetapkan masa dekat dia. Kemudian lepas seminggu aku tanya, katanya tak siap sebab tak sihat.
Kemudian dia lajak ke sebulan. Tapi aku tengok dia ke hulu ke hilir boleh, tapi tempahan baju aku tak siap-siap. Aku tak suka nak g4duh, aku cuba tanya baik-baik bila dapat siap. Katanya 2 minggu lagi. Aku pun tunggu punya tunggu punya tunggu, tak siap jugak.
Aku sampai minta kain aku semula, dia kata tak boleh sebab dia dah potong. Masuk bulan kelima, aku sangat-sangat penat dah nak tunggu. Kalau tak mampu siapkan dari awal kenapa tak bagitau aku awal-awal. Sebelum aku serahkan kain pada dia pun, aku ada tanya kalau banyak tempahan aku akan tempah dari orang lain.
Sebab aku ada beberapa majlis yang aku perlu pakai baju – baju tu. Bukan yang rumit pun pattern yang aku minta, blouse potongan biasa saja tanpa apa-apa corak atau manik pun aku tak minta. Akhirnya aku kecewa sangat-sangat.
Mak aku nasihatkan aku, walau macamanapun pun kena berhemah jangan sampai berg4duh, tak baik. Tempahan orang lain yang bagi lebih lewat dari aku, dia boleh plak siapkan cepat. Dia sendiri bagitau aku orang tu nak cepat.
Tak sampai seminggu pun dah siap. Bila aku tanya lagi pada dia, dia kata dia tak akan jahit baju pada hari yang dia perlu ambil anak dia dari sekolah. Anak dia tingkatan 3, jadinya aku perlu tunggu sampai anak dia habis sekolah ke macamana? Tu aku jawab dalam hati je lah.
Tempahan aku dia peram sampai bulan keenam walaupun ada cuti sekolah, tapi masih tak siap. Bulan ketujuh, dah separuh tahun dah. Aku betul-betul marah kali ni. Tapi aku masih nak menjaga silaturrahim sesama jiran.
Aku message baik-baik. Korang baca ye mesej aku ni. “Assalamualaikum kak. Maaf saya ganggu akak. Akak macam mana baju-baju yang saya tempah tu kak dah siap ke kak? Saya minta maaf sebab ni pun dah masuk 7 bulan kan.. Jadi macam mana ye kak?”
Dan dia reply, bagi masa seminggu pada dia. Dan lepas seminggu dia bagi baju-baju aku, aku pun bayar harga yang dia bagitau. Maka episod tak best mula dari saat ni. Jiran aku ni yang dulunya sangat baik dengan aku, sekarang dah tarik muka.
Mungkin sebab dia tak puas hati pasal aku minta dia siapkan cepat baju aku tu. Padahal bukan cepat, dah 7 bulan kot aku tunggu. Dulu boleh dik4takan setiap hari aku bercakap, berbual, bertegur sapa dengan dia, tapi sekarang tak lagi.
Aku dah sehabis baik jaga hati dia walaupun banyak kali dia kecewakan aku bab baju tu. Tapi fikirkan aku tak nak keruhkan keadaan, dan aku message dalam nada yang paling berhemah, aku sekarang seolah-olah aku yang bersalah.
Sebelum ni banyak kali juga aku diambil kesempatan oleh jiran ni, tapi aku pejamkan mata. Aku juga ada buat bisnes baiki laptop, pernah dia hantar laptop yang rosak, bila aku siap baiki dan dia tak bayar. Seposen pun dia tak bayar.
Tapi aku guna khidmat dia untuk jahit baju-baju aku, aku boleh bayar tapi seolah-olah dia buat macam aku yang tak bayar. Kalau nak ceritakan banyak lagi dia ambil kesempatan atas kami sekeluarga, tapi Nabi marah bermusuh sesama jiran jadi aku cuba lupakan semua walau hati aku s4kit.
Macam mana aku nak buat sekarang ni. Nak buat tak tau, dia jiran sebelah rumah aku ni. Aku banyak kali tegur dia pun, aku tau dia acuh tak acuh sebab aku kenal dia macam mana. Korang ada cadangan tak? Please tolong aku. Aku dah tawar hati, sangat-sangat tawar hati.