Joe Biden meninggal dunia, kata sumber

Tiga hari lepas, Joe Biden kejutkan dunia politik apabila mengumumkan akan mengundurkan diri bertanding sebagai Presiden Amerika Syarikat. Baton calon Presiden akan diserahkan kepada timbalannya Kamala Harris yang terbuka untuk menerima pencalonannya.

Namun begitu, satu lagi isu yang tidak kurang panasnya apabila berita kematian Joe Biden sedang dibincang hangat dikalangan rakyat Amerika sekarang. Pada akhir bulan Julai 2024, sebuah teori konspirasi yang mendakwa Presiden Amerika Syarikat itu telah meninggal dunia mula tersebar di media sosial.

Teori ini bermula dari pengumuman bahawa Prsiden USA itu dikhabarkan positif Covid-19 dan beliau tidak hadir di hadapan orang ramai serta pengumuman yang dibuat mengenai pengunduran dari kerusi panas calon presiden 2024.

Maka bermulalah teori yang mengatakan Biden sebenarnya sudah pun meninggal dunia sejak ‘kehilangannya’ itu.

Biden dikatakan mengalami “gejala ringan” dan disebabkan itu tidak muncul di khalayak ramai selama lima hari dengan laporan menyatakan beliau sedang menjalani kuarantin di kediamannya di Delaware.

Teori ini mula beredar di platform media sosial, X, sebelumnya dikenali sebagai Twitter, dengan ramai netizen mengesa agar Biden membuat penampilan umum bagi membuktikan beliau masih hidup.

Baca: Media Vietnam namakan Park hang Seo sebagai coach baru Harimau Malaya