JPJ gesa pemegang lesen perbaharui lesen memandu sebelum 30 Jun

JPJ gesa pemegang lesen perbaharui lesen memandu sebelum 30 Jun. Pemegang lesen tersebut melibatkan individu yang telah diberikan pelanjutan tempoh keesahan (kuat kuasa) atau tamat tempoh bermula 13 Januari 2021.

.Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ dalam hantaran Facebooknya memaklumkan, semua pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk memperbaharui lesen memandu sebelum 30 Jun ini

“Antara jenis lesen tersebut adalah Lesen Belajar Memandu (LDL) tamat dalam tempoh dua tahun boleh dibuat melalui JPJ dan Pejabat Pos.

“Lesen Memandu Percubaan (PDL) melebihi satu tahun dan Lesen Vokasional (PSV/GDL) melebihi tiga tahun hanya di JPJ. Manakala, Lesen Memandu Kompeten (CDL) melebihi tiga tahun boleh dibuat JPJ, Pejabat Pos dan MyEG,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Tambah kenyataan itu, pembaharuan lesen berkenaan bagi mengelakkan mereka mengambil ujian semula untuk memperbaharui lesen tersebut.

“JPJ boleh mengambil tindakan saman disebabkan tempoh kebenaran untuk tidak memperbaharui lesen sehingga 31 Disember 2021 sahaja.

“Kalau ditahan selepas 30 Jun 2022, pemilik boleh disaman atas kesalahan tiada lesen memandu,” kata kenyataan itu.

Baca Juga: Pernah susah semasa belajar, penjual nasi lemak ikhlas beri makanan

Baca Juga: Cara pam tayar kereta dengan betul, ramai tak tahu info penting ini