Jual karya seni di internet, siapa sangka kanak-kanak 12 tahun jutawan automatik raih untung RM4.1 juta

Dengan menjual karya seni di internet siapa sangka kanak-kanak 12 tahun jutawan automatik kerana raih untung RM4.1 juta.

Umum mengetahui Non-Fungible Token atau lebih dikenali sebagai NFT merupakan token digital yang sering diperkatakan pelbagai pihak terutamanya individu yang arif dalam bidang kripto.

Malah, NFT juga menjadi platform untuk anak seni menjual hasil karya seni mereka bagi mendapatkan keuntungan yang sangat tinggi.

Susulan itu, Benyamin Ahmed yang juga pakar bidang kripto mempunyai hasil dagangan mencecah 3 juta pound (RM16.4 juta).

Namun, Benyamin mengakui dia mula belajar daripada ayahnya mengenai kod ini sejak berumur 5 tahun lagi.

Pelbagai hasil jualan itu serta hasil seni yang lain juga telah meningkatkan jumlah keuntungannya di dalam NFT sebanyak 750,000 pound bersamaan RM 4.1 juta.

Difahamkan, kanak-kanak itu tidak mempunyai akaun bank dan tidak pernah mengeluarkan wang tersebut mahupun satu sen daripada hasil jualannya itu.

Secara keseluruhan, koleksi Weird Whales beliau kini telah mencecah sehingga $5 juta (RM20.8 juta) sehingga mendapat komisyen serta royalti jika NFT itu dijual semula.

Menurut ayah kepada Benyamin, Imran, dia lebih mementingkan ilmu pengetahuan bagi anak-anaknya untuk terus belajar dan bukanlah kerana wang semata-mata.

“la bukanlah kerana wang ringgit tetapi Benyamin lebih fokus kepada ilmu dan wang yang diterima adalah bonus buatnya.

“Saya lebih gemar melihat mereka menghabiskan waktu dengan perkara yang mereka suka,” katanya.

Tambahnya, pelbagai latihan kod dilakukannya dan anaknya setiap hari sehingga membuatkan anaknya tertarik terhadap bidang itu.

Baca juga: Suspek langgar Zaharif bukan kes pertama, rupanya pernah pukul ibu hamil?