Tang Jian, seorang jutawan pada suatu masa dahulu namun ditakdirkan menjadi muflis kerana tersalah langkah.
Dia menjadi tajuk utama kerana merancang untuk membayar hutangnya sebanyak RM29.4 juta dengan menjual sosej panggang di tepi jalan.
Jian, 52 sebelum ini memiliki restoran dan juga antara salah seorang ahli perniagaan yang berjaya di seluruh wilayah Zhejiang.
Dikhabarkan pada usia 36 tahun, Jian telah memiliki rangkaian restoran lalu memutuskan untuk melaburkan sebahagian wangnya ke dalam industri kejuruteraan.
Namun nasibnya tidak baik kerana mengalami kerugian serta dibebani hutang.
Jian terpaksa mencari jalan keluar lalu menjual segala aset yang ada termasuk kereta dan rumah.
Bekas jutawan itu pernah ditemuramah dan mengatakan beliau dilahirkan tanpa memiliki apa apa dan kini perlu terus melangkah kehadapan dengan berani.
Kisahnya itu tular selepas videonya yang sedang mengendalikan gerai sosejnya dirakamkan dan menjadi inspirasi kepada orang ramai.
Baca juga: Ibarat mimpi jadi kenyataan, rumah agam Barbie kini boleh disewa!