Seorang wanita yang bekerja di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta terkejut apabila menemui sebuah dompet tercicir yang berisi cek berjumlah RM10.4juta.
Halimah yang bekerja sebagai cleaner menemui dompet berwarna coklat itu di Balai Pelepasan Terminal 2E dan terus melaporkan penemuannya ke bahagian Keselamatan Penerbangan(AVSEC).
Pegawai AVSEC yang melakukan siasatan juga terkejut menemui empat buah buku cek, sebuah passport dan cek bertulis bernilai RM10.4 juta (35.5 billion rupiah)
“Besar atau kecil nilai barang yang ditemui, ia bukan milik kami. Sudah menjadi kewajipan bagi petugas di lapangan terbang melaporkan”
Kejujuran yang ditunjukkan Halimah memberinya peluang yang cerah apabila diberikan kenaikan pangkat oleh PT Angkasa Pura Solusi.
Diharapkan kisah Halimah ini dapat memberikan inspirasi atau menjadi role model kepada pekerja-pekerja lain.
Baca juga: “Warga asing peras ugut, pemandu Grab kering hati mahu selesaikan di balai polis”