Seorang nelayan di Koh Samui menjadi jutawan segera setelah menemui muntah paus atau dikenali sebagai ambergris.
Ia adalah antara ramuan yang penting dalam menghasilkan minyak wangi berjenama seperti Chanel, Bvlgari, Dolce & Gabbana dan banyak lagi.
Ini kerana ambergris dapat menjadikan minyak wangi lebih tahan lama dan berfungsi sebagai agen pengikat.
Penemuan muntah paus itu dianggarkan bernilai RM1.3 juta dan mempunyai sekurang-kurang 80% kandungan ambergris.
Jumrus Thiachot pada mulanya menemui ketulan besar paus itu dan membawanya pulang ke rumah.
Rakan-rakannya ada yang datang untuk mengesahkan ketulenan muntah paus itu serta memotong sedikit untuk membuat kajian.
Tiga jiran saya datang selepas anak buah saya memberitahu orang kampung bahawa saya telah menemui munt4h ikan paus.
Mereka meminta kepingan munt4h ikan paus itu dan akan membawanya untuk pemeriksaan bagi mendapatkan pengesahan sama ada ia adalah munt4h ikan paus. Tetapi mereka kata ujian itu tidak menunjukkan apa-apa keputusan”.
Tidak puas hati, nelayan itu bertindak menghubungi pihak berwajib untuk membuat kajian terhadap penemuannya.
“Saya perlukan kepastian, sebab itu saya hubungi pihak berkuasa untuk memeriksanya. Kini, saya tahu ia adalah munt4h ikan paus yang tulen dan saya akan menjualnya”.
Baca juga: Aslam, Marissa tampil bersama jadi model baju raya, netizen mintak boikot jenama guna isu sensitif