Jumpa Karen versi Malaysia, wanita sibuk ‘cop parking’ untuk kawan

Jumpa Karen versi Malaysia, wanita sibuk ‘cop parking’ untuk seseorang. Selalunya kita dapat lihat ketika tempat itu menjadi tumpuan ramai, pastinya susah untuk mencari tempat letak kereta.

Namun tindakan wanita ini yang berdiri tegak untuk mengambil tempat tersebut adalah salah. Semestinya perkara ini tidak hanya berlaku di Malaysia tetapi tak perlulah marah kalau orang ambil tempat letak kereta yang anda ‘jaga’ sebab kenderaan anda tak sampai lagi disitu.

Seperti mana yang dikongsikan oleh pengguna Facebook yang dikenali sebagai Fareez Aiman, rakaman dashcam memaparkan tindakan seorang wanita yang dipercayai ‘menjaga’ tempat letak kenderaan untuk kepentingan sendiri.

Berdiri tegak tanda ‘cop parking’

Dalam video berkenaan, wanita tersebut secara jelas berdiri di tengah-tengah petak parking yang sememangnya kosong demi menghalang sebarang pemandu meletak kereta di tempat berkenaan.

Pada awalnya, wanita itu seakan-akan berkeras menghalang pemandu kereta itu daripada masuk ke tempat letak kereta tersebut.

Walau bagaimanapun, pemandu kereta tidak mengalah dan mengendahkan permintaan wanita itu untuk mengalihkan kenderaan ke tempat lain.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan tindakan pemandu tersebut kerana tiada siapa yang mempunyai hak untuk ‘mengecop’ tempat parking awam.

Netizen mula mengkritik wanita tersebut yang mungkin sudah biasa jaga tempat letak kereta yang kosong untuk kawannya. Bagi mereka tindakan wanita tersebut boleh dilihat sebagai kurang bijak.

Mungkin tempat kerjanya disitu dan dia malas untuk berjalan jauh. First come first serve ini tak tertakluk kepada tempat letak kereta ya. 

“Nasib isteri abang bertegas, ikutkan abang cair juga nak bagi tempat letak kereta kepada wanita tersebut.

“Lepas ni kalau nak letak kereta, bayar la tempat letak kereta tu, so bolehlah nak marah kalau orang letak situ. Sudah nama tempat letak kenderaan awam, siapa cepat dia yang dapat tempat tersebut.”

Lepas ini boleh buang mentaliti ‘cop parking’, ramai lagi yang sanggup berpusing dua tiga kali untuk cari tempat letak kereta yang kosong. Kalau semua benda nak mudah, beli sahaja tempat letak kereta tu.

Baca Juga: Dah cerai talak 3 tapi rujuk semula? Pihak berkuasa mahu Dj Wong dan Dj Sal dipanggil

Baca Juga: Demam Mat Kilau: Ramai tampil bagi ‘review’ yang ini lebih menarik, tidak bias