Kisah penemuan barangan berharga ketika membeli barangan terpakai kerap berlaku disebabkan penjual yang tidak membuat semakan ke atas barang sebelum menjual.
Namun penemuan wang ringgit dalam skala yang besar jarang berlaku, tetapi tahukah anda lelaki ini menjumpai wang ringgit bernilai RM400,000 di bawah peti aisnya?
Ketika membersihkan peti ais yang baru dibeli dari kedai barangan terpakai, lelaki dari Korea Selatan ini menjumpai sejumlah wang di bahagian bawah peti ais itu.
Dia dengan tidak sengaja menemui 2,200 keping wang kertas yang bernilai 110 juta won atau lebih kurang RM401 ribu.
Lelaki ini tidak rambang mata dengan jumlah wang yang ditemui, sebaliknya dia pergi bertemu pihak polis yang kemudiannya meminta dia memberi keterangan.
Polis juga memanggil penjual serta pemberi asal peti ais itu untuk keterangan lanjut.
Menurut akta Hilang dan Jumpa (Lost and Found Act) di Korea Selatan, Menurut akta Hilang dan Jumpa (Lost and Found Act) di Korea Selatan, sekiranya pemilik asal tidak muncul atau tidak dapat dicari dalam tempoh 6 bulan, barangan tersebut akan diserahkan kepada orang atau pihak yang menemuinya dan dia mesti membayar cukai sebanyak 22 peratus dari nilai barangan tersebut.
Jika pemilik asal muncul pula, dia perlulah memberi pampasan kepada pihak yang menemui sebanyak 5-20 peratus, namun jika wang tersebut ad akaitan dengan jenayah ia milik negeri sepenuhnya.
Baca juga: Kecoh Syahmi Sazli sebenarnya seorang scammer, ini cerita sebenar