Jururawat dera bayi 8 bulan hingga maut dihadapkan ke mahkamah

Jururawat yang bekerja di sebuah hospital swasta dikatakan mendera bayinya yang berusia 8 bulan hingga mati dua minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Siput atas dakwaan membunuh.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, T Rebekal, 30, memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Namun, tertuduh mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu lapor Harian Metro.

Berdasarkan kertas pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh J Melvin Jeshuran iaitu bayi lelaki berusia lapan bulan di rumah beralamat di No A13, Fasa 2A, Kampung Muhibbah, di sini, kira-kira 6 petang, 24 Julai lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R S Vitthiyeswary, manakala tertuduh diwakili peguam, Nahthan Krishnan.

Tiada jaminan ditawarkan. Majistret Nurul Asyifa Redzuan kemudian menetapkan 3 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Baca Juga: Permohonan ketepi penghakiman ingkar kehadiran Mawar Karim berjaya

Baca Juga: Lebih 100 jemaah haji fail saman RM3 juta, rupanya sampai hari ini seorang pun belum terima ganti rugi. Ini yang anda perlu tahu