Jurutera perisian ceroboh tandas wanita mengaku ada masalah Fetish

Jurutera perisian ceroboh tandas wanita mengaku ada masalah Fetish. Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM2,800 tertuduh kerana menceroboh masuk tandas wanita dan memiliki video lucah.

Memetik Harian Metro, tertuduh, Lai Wah Onn, 26, yang mengakui mempunyai masalah ‘fetish’ atau keghairahan nafsu terhadap sesuatu dijatuhkan hukuman:

  • Penjara tujuh hari dan denda RM2,000 bagi pertuduhan menceroboh,
  • Penjara tujuh hari dan denda RM800 bagi kesalahan menyimpan bahan lucah

Majistret Nadia Othman membuat keputusan itu selepas Wah Onn mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit.

Nadia berkata, mahkamah memandang serius kesalahan itu dan memberi amaran kepada tertuduh supaya tidak mengulangi perbuatan berkenaan.

“Mahkamah sudah mengambil kira ia adalah kesalahan pertama tertuduh yang turut memaklumkan akan mendapatkan rawatan psikiatri.

“Hukuman penjara itu berjalan serentak dan sekiranya tertuduh gagal membayar jumlah denda itu boleh menyebabkan dipenjara selama tiga bulan lagi,” katanya.

Ceroboh Tandas Wanita

Mengikut kertas pertuduhan pertama, tertuduh dengan sengaja menceroboh tandas wanita di tingkat 10 Wisma Genting, Jalan Sultan Ismail, pada 6.15 petang kelmarin.

Dengan itu, Wah Onn melakukan kesalahan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan penjara maksimum enam bulan dan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Simpan Video Lucah dalam Telefon Pintar

Untuk pertuduhan kedua pula, lelaki berkenaan didapati mempunyai simpanan video lucah dalam telefon di tempat dan waktu yang sama.

Wah Onn boleh dihukum mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Wah Onn yang tidak diwakili peguam mengakui masuk ke tandas wanita kerana mempunyai ‘fetish’.

“Saya masuk sebab nak rakam kasut dan muka dari sudut atas. Saya ada masalah ‘fetish’ dan akan berjumpa dengan psikiatri berkaitan masalah itu.

“Saya mohon maaf atas kesalahan dan merayu hanya didenda kerana ia adalah kesalahan kali pertama,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Hafiezah Mohamed Fauzi memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Para wanita diharapkan untuk sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling, beli paper spray atau rape whistle untuk lindungi diri, dunia kini sudah tidak lagi selamat untuk kaum wanita.

Baca Juga: Polis cari individu yang terlibat dalam kes penari separuh bogel

Baca Juga: Ada sebab kenapa ‘air cond’ tak boleh buka serentak dengan kipas siling, rupanya nanti makin panas!