Jutawan Malaysia bina rumah di kediaman mewah di Marina Bay, Singapura

Jutawan Malaysia yang mendapat tempat ke-6 dalam senarai 50 Terkaya Malaysia yang diterbitkan oleh Forbes pada Mei tahun ini mahu bina rumah di kediaman mewah di Marina Bay, Singapura.

Datuk Lee Yeow Chor dan Lee Yeow Seng dilaporkan sedang bersiap sedia untuk melancarkan menara kediaman mewah di kota Singapura.

Mereka memiliki IOI Properties Group itu dilaporkan berkata Marina View Residences mempunyai 683 unit kondominium dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM8.56 bilion.

Menurut Forbes syarikat itu sedang membina menara di atas tapak seluas 7,817 meter persegi yang dibeli daripada lelongan kerajaan pada 2021 dengan harga SGD1.51 bilion (RM3.78 bilion).

“Projek itu dijangka dapat menarik permintaan daripada pembeli Singapura yang mempunyai perbelanjaan dan kuasa beli yang kukuh, disokong oleh ekonomi teguh Singapura,” kata wakil syarikat itu.

IOI Properties meneruskan pelancaran walaupun harga rumah di ibu kota Singapura mula sederhana pada suku kedua, penurunan pertama dalam dua tahun, selepas kerajaan menggandakan duti setem ke atas kebanyakan pembeli asing untuk memperlahankan harga rumah (cooling market) yang terus meningkat walaupun kadar faedah melonjak.

Dengan nilai bersih AS$4.6 bilion (RM21.34 bilion), adik-beradik itu menduduki tempat ke-6 dalam senarai 50 Terkaya Malaysia yang diterbitkan oleh Forbes pada Mei tahun ini.

Baca juga: ’30 minit selepas akad nikah aku bergegas ke hospital akhirnya aku meraung, ibu pergi buat selama-lamanya’