Kagum! Walaupun usia sudah 80 tahun Penyimpan Mohor Besar Raja-raja boleh hafal teks

Kagum! Di usia 80 tahun Penyimpan Mohor Besar Raja-raja boleh ingat satu-satu teks yang dibacanya di hadapan Raja-raja Melayu pada hari ini.

Sedangkan di usia beliau yang hampir satu abad Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad langsung tidak gementar bahkan tidak rasa kekok ketika membaca teks di hadapan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.

Malah di hadapan beliau hanya kelihatan Raja-raja Melayu tanpa ada skrin yang membantu beliau membaca teks. Tanpa ada sekeping kertas beliau boleh menyampaikan dengan lancar.

Kagum sungguh dengan keupayaan beliau menyampaikan butir-butir Mesyarakat Majlis Raja-raja Melayu dengan penuh tertib. Patutlah sehingga kini beliau masih memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Sultan Ibrahim dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) pada Oktober tahun lepas yang turut memilih Sultan Nazrin sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan itu diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri, Istana Negara.

Pada istiadat itu turut menyaksikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang sama.

Siapa Penyimpan Mohor Besar Raja-raja

Individu yang paling dinanti-nantikan sudah semestinya Penyimpan Mohor Besar Raja-raja iaitu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

merupakan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja berusia 79 tahun yang dilantik oleh Majlis Raja-raja pada Januari 2011 di bawah peruntukan Perkara 38 Jadual V, Perlembagaan Persekutuan.

Beliau dilahirkan pada 30 November 1944 di Georgetown, Pulau Pinang dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kelawai.

Zaman persekolahan beliau dilanjutkan di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sebelum meneruskan pengajian ijazah di Universiti Malaya (UM) pada tahun 1967 dan Universiti of Winconsin di Amerika Syarikat.

Difahamkan sebelum seseorang itu dilantik sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, mereka perlu menjadi pegawai kanan kerajaan yang masih berkhidmat atau sudah bersara.

Syed Danial pernah berkhidmat selama 32 tahun di pelbagai kementerian, agensi dan jabatan kerajaan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) sejak Mei 1967 sehingga Disember 1999.

Antara negeri yang beliau pernah ditempatkan adalah seperti Sabah, Sarawak, Perak, Kedah dan juga Perlis.

Apa Sebenarnya Fungsi Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Ini?

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja adalah Urus Setia kepada Majlis Raja-raja.

Mengeluarkan notis Mesyuarat Majlis Raja-raja kepada Anggota.

Berdasarkan sumber dari laman web Majlis Raja-raja, terdapat beberapa fungsi penting melibatkan Mohor Besar Raja-raja.

Antaranya:

Mengeluarkan notis makluman kepada Kementerian dan Jabatan Persekutuan bagi mengemukakan memorandum atau taklimat untuk diperkenan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja.

Penyediaan agenda Mesyuarat Majlis Raja-raja Hari Pertama dan Kedua – 3 kali setahun.

Menyediakan minit Mesyuarat Majlis Raja-raja Hari Pertama dan mengedarkan kepada Anggota pada hari yang sama.

Menguruskan Kenderaan Kumpulan Kerajaan dan Pesawat Khas untuk kegunaan Mesyuarat Majlis Raja-raja.

Menguruskan hal-hal pelantikan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menyelaras Jawatankuasa melihat Anak Bulan Ramadan, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban.

Menyelaras dan menyampaikan keputusan penetapan tarikh Awal Ramadan, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Qurban.

Baca juga: ‘Ibu bapa tidak semuanya kerja bagus duit kepok-kepok’- Andrea bidas sekolah buat majlis graduasi di hotel lima bintang