Kain lap comot ‘auto’ bersih lepas guna tiga bahan ini, dah tak perlu beli baru dah

Kain lap atau kain buruk biasanya digunakan untuk membersihkan kotoran di dapur atau ruang lain.

Jadi, bukanlah suatu perkara yang mengejutkan jika kain tersebut menjadi kotor dan berdaki dengan cepat, terutamanya setelah digunakan untuk membersihkan tumpahan air atau kuah serta di dapur yang sering berminyak selepas setiap sesi memasak.

Bagi pembuat kek seperti Ellie Darus, dia mencuci semua lima helai kain lap yang digunakan setiap hari untuk membersihkan kotoran selepas menyelesaikan kerja-kerja pembuatan kek.

Berikut kaedah yang dikongsi menerusi Instagram:

Bahan-bahan:

1. Periuk khas

2. Sabun serbuk pencuci kain

3. Soda bikarbonat

Cara-cara:

1. Masukkan sabun pencuci yang telah dicampurkan dengan soda bikarbonat ke dalam periuk.

2. Kacau campuran tersebut bersama air sehingga tercampur dengan baik.

3. Letakkan periuk di atas dapur dan hidupkan api.

4. Masukkan kain lap yang sudah kotor dan biarkan mendidih selama 10 minit.

5. Selepas selesai direbus, tuangkan kain dan air rebusan ke dalam sinki.

6. Buka paip dan gosok sisa kotoran dari kain lap menggunakan berus.

Menurut Ellie, proses membersihkan tidak perlu dilakukan dengan kuat dan lama kerana kebiasaannya kotoran sudah tertanggal.

Bagi Ellie, cara yang diajarkan ini lebih mudah dibandingkan dengan menggunakan teknik rendaman selama dua hingga tiga jam dan akhirnya memakan waktu dua hingga tiga malam.

Baca juga: Hafidz Roshdi mintak kecam lagi! Kali ini naikkan nafkah anak jadi RM200- “Ada waktu dia tak bagi”