Kain lap kotor jangan buang terus, ini tips mudah ‘confirm’ terus putih bersih

Kain lap dapur sering kelihatan seperti kain lama yang sangat comot kerana sering digunakan untuk mengelap minyak, percikan lauk dan banyak lagi.

Untuk membasuhnya pula perlukan sabun yang banyak kerana perlu menanggalkan kotoran degil.

Menurut peniaga makan Zuraida Ismail, sebenarnya kain atau tuala lap dapur memerlukan kaedah pencucian khusus untuk memastikan semua kotoran, termasuk kotoran yang degil, dapat dibersihkan dengan sempurna. Berikut adalah cara-cara yang dikongsi beliau:

Cara basuh kain atau tuala lap dapur yang kotor

1. Rendam kain tersebut bersama dengan sabun dan peluntur (Clorox) selama 2 jam, dengan peluntur digunakan dalam jumlah yang lebih sederhana. Kemudian, basuh kain tersebut dalam mesin basuh dan putarkan beberapa minit.

2. Selepas basuh, masukkan kain tersebut terus ke dalam mesin pengering tanpa perlu membilas dengan air bersih terlebih dahulu. Setelah kering, rendam kain semula bersama dengan sabun dan peluntur, kemudian putarkan beberapa minit lagi.

3. Selepas itu, kain tersebut dimasukkan semula ke dalam pengering. Setelah dikeringkan, angkat kain tersebut dan bilas seperti biasa. Kemudian, keringkan dan jemur seperti yang biasa dilakukan.

Baca juga: PM umum pemberian baucar buku RM100