“Kaji semula hubungan dengan PAS di Kedah”- MIC

MIC Kedah menggesa Berisan Nasional mengkaji semula hubungan kerjasama dengan Pas di negeri itu, lapor Malaysiakini.

Pengerusi MIC Kedah, S Ananthan berkata, janji kerajaan negeri pimpinan PAS untuk menjaga kebajikan masyarakat bukan Melayu dan Islam hanya sekadar ‘manis di mulut’.

“Sejak Kedah diambil oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai PAS, situasi menjadi semakin sukar kepada komponen BN termasuk Umno.

“Saya percaya BN pusat perlu segera mengadakan perbincangan dengan PAS mengenai kerjasama di peringkat negeri,” katanya kepada Malaysiakini.

Ananthan kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bahawa agak sukar untuk memberi peruntukan kepada tempat ibadat bukan Islam.

Bekas senator itu berkata, pendirian Pas Kedah itu berbeza dengan sikap bekas menteri besar Kelantan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberi peruntukan kepada tempat ibadat bukan Islam di Kelantan.

“Begitu juga bekas perdana menteri Najib (Razak) yang memberi berpuluh juta untuk pembangunan tempat ibadat bukan Islam.

“Tiada siapa menyangkal kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Tapi apa kena-mengena agama rasmi dengan peruntukan tempat ibadat bukan Islam?” soalnya.

 

sumber: https://malaysiadateline.com/mic-kedah-tuntut-bn-kaji-semula-hubungan-dengan-pas/

COMMENTS