The Malaysia Life

Kajian dedah rakyat Malaysia di tempat ketiga paling teruk ketagih telefon pintar

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Penggunaan telefon pintar kini sudah menjadi satu keperluan yang mesti ada bagi setiap individu di Malaysia.

Pada hari ini juga tak hairan apabila kita melihat kanak-kanak pun sudah memegang telefon pintar mungkin untuk menonton kartun atau sebagainya malah bukan satu perkara pelik, murid di peringkat sekolah rendah sudah memiliki telefon pintar.

Tetapi apa yang mengejutkan apabila satu kajian mendedahkan Malaysia antara negara yang mempunyai kadar ketagihan telefon pintar tertinggi di dunia.

China menduduki tempat pertama sebagai pengguna telefon pintar yang paling ketagih di dunia. Di tangga kedua pula diduduki oleh Arab Saudi, dan diikuti Malaysia.

Bagaimanapun, Amerika Syarikat yang terkenal sebagai negara yang mempelopori media sosial dan teknologi popular seperti Facebook dan Apple pula berada di tempat ke 18. Satu rekod yang mengejutkan dunia kerana mereka merekodkan kadar ketagihan yang rendah.

Untuk rekod, penyelidik di Universiti McGill, Kanada, menggunakan data penggunaan telefon pintar antara 2014 dan 2020.

Kajian tersebut melibatkan hampir 34,000 peserta di seluruh dunia dari 24 buah negara.

Peserta kajian berumur 15 hingga 35 tahun, dengan purata umur keseluruhan adalah 28.8 tahun, dan kebanyakan peserta adalah wanita (60 peratus).