Tidak ramai yang mengetahui batas-batas yang dituntut dalam islam berkenaan aurat bersama ipar duai.
Di dalam Islam juga dituntut tidak bermesra dan bergaul bersama ipar kerana lebih banyak kemudaratan yang timbul berbanding perkara baik seperti yang dirasai oleh wanita ini.
Ipar adalah m4ut? Ye ni kisah aku tapi yang m4ut tu bukan aku tapi abang ipar aku. Kejadian ni terjadi 5 tahun lepas. Masa tu aku pelajar university di negeri P. Rumah akak aku dan university aku ni dekat je, jadi aku selalu la balik rumah akak aku ni.
Tapi ada satu hari, tiba-tiba akak aku suruh aku balik rumah dia dan dia cakap dia nak balik ke kampung dengan anak-anak dia tapi suami dia tak ikut sekali sebab ada kerja. Dia minta aku untuk temankan suami dia. Masa tu aku macam, “eh dah kenapa aku nak kena temankan suami dia ni.”
Dia cakap nanti senang aku boleh tolong k3jutkan suami dia bangun pergi kerja. Aku pun turutkan jugak la walaupun hati ni berat, bukan apa suami dia ni jenis tak jaga batas, kalau nak pegang tangan tu main pegang je. Aku pun kurang selesa jugak dengan abang ipar aku ni.
Nak dijadikan cerita aku pun tidur rumah akak aku ni 2 hari 1 malam. Masa tu okay lagi tapi tiba – tiba malam tu dalam pukul 2 pagi, abang ipar aku ni tiba-tiba bukak pintu bilik aku. Nasib baik masa tu aku tak tidur lagi sebab leka ‘bergayut’ dengan kawan aku kat telefon.
Aku pun tanya la “kenapa?” Dia cakap takda saja nak check aku ni dah tidur ke belum. Pastu dia tutup pintu bilik aku tu. Masa tu aku dah rasa nak marah dan rasa tak sedap hati. Yela, aku dah kunci pintu bilik tu, dia boleh pulak suka hati bukak guna kunci lain.
Malam tu aku tak dapat tidur sampai la esoknya sebab takut. Aku tidur lepas abang ipar aku ni pergi kerja. Benda ni aku ada cerita kat mak aku dan masa tu mak aku pun marah dia cakap dia pun tak setuju akak aku suruh aku teman suami dia dengan alasan nak k3jut bangun pagi, suami dia bukannya budak kecik lagi.
Dan lepas kejadian tu kalau akak aku suruh aku teman laki dia ke aku mesti bawak kawan aku teman. Kejadian ni aku tak cerita pun kat akak aku, sebab akak aku ni jenis tak boleh orang cakap pasal suami dia. Kat mata dia suami dia terpaling mulia.
Lepas setahun dari kejadian tu, benda tu berulang lagi. Tapi masa ni dah melampau sikit. Kejadian ni terjadi masa kovit era, iaitu di mana pkp dan aku pula tak dapat nak balik kampung sebab tiket habis. Tapi aku sempat balik rumah akak aku la.
Jadi aku habiskan 2 bulan kat rumah akak aku ni dan 2 bulan ni rasa macam kat ner4ka. Masatu akak aku ni kerja, abang ipar aku ni tak kerja sebab masa tu kerja dia ni tak boleh beroperasi, dia duduk je kat rumah. Pernah sekali tu aku kunci pintu bilik dari dalam, biasa la anak muda kan, lepas subuh baru tidur, pastu tengah hari baru nak bangun.
Jenis aku kalau tidur cepat tersedar kalau dengar bunyi walaupun tak kuat pun bunyi tu, aku tersedar dari tidur sebab masa tu abang ipar aku ni masuk bilik, pastu tiba – tiba je dia baring sebelah aku. Dia cakap bosan sebab tak tahu nak buat apa.
Aku pun apa lagi cepat cepat bangun terus duduk kat ruang tamu. Kejadian ni kerap berulang sampai aku sorokkan kunci bilik aku tu. Tapi aku tak tahu la apa bebal akak aku ni dia marah aku suka kunci pintu bilik. Dia cakap jangan nak kunci pintu bilik nanti susah orang nak masuk.
Dan kunci bilik tu dia ambik sebab kalau aku kunci dia dan laki dia boleh masuk kalau nak ambik barang. Masa tu aku macam tak sangka la akak aku ni macam benak benak ubi, dia tak tahu ke adik dia ni perempuan, kalau jadi pape masa dia takda kat rumah tu macam mana?
Aku selalu cerita kat mak aku kalau jadi macam tu. Mak aku selalu nasihat aku kunci je pintu bilik tu takut benda yang tak disangka terjadi. Aku pun beng4ng jugak dengan abang ipar aku ni, dah kenapa la dia asyik nak masuk bilik aku ni. Takda sikit pun rasa malu dan hormat kat aku.
Memang la tu rumah mereka berdua tapi tak reti nak hormat kat privacy aku. Kalau aku tahu la, aku duduk je Kat university aku tu dari duduk rumah akak aku. Tapi benda ni tak hanya terjadi kat rumah akak aku je tau, kat rumah mak ayah aku pun dia selamber je terjah masuk kalau aku tidur ke apa. Alasan nak k3jutkan aku bangun.
Abang kandung aku pun tak pernah buat macam tu. Dia yang abang ipar lak melebih lebih nak masuk bilik k3jutkan bangun tidur. Dan macam biasa la akak aku ni tak bagi aku kunci pintu bilik kalau kat rumah dengan alasan senang nak masuk.
Kat rumah mak ayah aku ni bilik aku ni dah jadi macam bilik tetamu kalau abang dengan akak aku balik. Kadang-kadang aku mengalah bagi dorang tidur bilik aku, kadang-kadang tak. Tapi sejak aku kenal dengan suami aku, aku selalu tidur kat bilik tapi aku selalu la jugak kunci.
Pernah sekali tu abang ipar aku masuk dengan kunci pendua, dan duduk kat katil aku. Alasan suruh bangun. Padahal mak ayah aku pun tak pernah buat macam tu. Dan yang peliknya tak pernah lak dia k3jutkan abang aku bangun ke apa.
Memang suka k3jutkan orang perempuan kut. Taktahu la kalau kat rumah mak dia, dia selalu k3jutkan adik dia ke tak. Tapi alhamdulillah, aku dibesarkan dengan didikan agama, kalau la aku ni jenis sundal, mungkin aku ni dah terlanjur dengan abang ipar aku ni. Dah tahap nak baring – baring sebelah.
Kalau aku ni jahat dah lama aku goda laki akak aku. Tapi nasib baik iman masih di d4da dan nasib baik la laki akak aku ni jenis laki tak guna kat mata kami sekeluarga tapi bukan ni je redflag abang ipar aku ni. Banyak lagi.
Dan ada kejadian yang tak disangka terjadi pun pernah dan kejadian tu buatkan aku tr4uma sampai sekarang. Korang nak part 2 ke? Kalau nak nanti aku rajin – rajin aku cerita. Semoga cerita ni boleh dijadian teladan untuk akak – akak di luar sana.
Jangan pernah tinggalkan suami dengan adik korang berdua – duaan kat rumah kalau tak nak jadi macam cerita Ipar adalah m4ut versi Malaysia. Nasib baik aku ni tahan godaan sy4itan. Cewah. – Nana (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Alif Teega dan isteri kini ditahan SPRM? Tapi ‘caption’ facebook pulak tarik perhatian netizen