“Kakak ipar mengamuk bila aku balik rumah mak aku, katanya siapa nak masak kalau bukan aku”

Hubungan antara keluarga sendiri mahupun mertua pasti kadang kadang ada berselisihan faham.

Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi hubungan kekeluargaan yang rapat seperti ini.

Seperti kisah wanita ini yang duduk bersama keluarga mertua, ada kalanya wujud pertikaian lidah bersama kakak ipar yang seperti tiada ‘common sense’ kerana menyuruhnya memasak setiap hari untuk ahli keluarga.

Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau cerita ini disiarkan. Aku Neen. Dah berkahwin selama hampir 11 tahun dan ada 3 orang anak. Seperti mana tajuk, aku nak cerita pasal aku dan kakak ipar. Aku namakan dia Kakak jela ye.

Seawal 3 tahun perkahwinan, kami tinggal bersama mertua sebab kami masih tak dikurniakan anak. Kat rumah mertua ni bukan je ada kami, tapi ada family Kakak dan anak-anak buah (anak kakak ipar yang lain) yang duduk di situ waktu siang sebab bersekolah.

Masa mula tinggal di situ sejujurnya aku agak tak selesa sebab tiba-tiba kena tinggal dengan family yang belum kita kenal rapat kan. Tapi aku anggap je ni cara aku berbakti pada mak mertua yang tak berapa sihat. Masa awal perkahwinan aku masih bekerja.

Aku bekerja di sektor kesihatan jadi aku bekerja shif. Alhamdulillah mak dan bapa mertua aku sangat memahami. Mereka tak pernah kisah jika aku tidur siang atau bangun lewat sebab kepenatan bekerja. Aku berhenti atas sebab kesihatan dan TTC (trying to conceive).

Jika aku bekerja shif petang biasanya aku akan masak siap – siap untuk aku bawak bekal juga untuk lunch suami, kakak dan anak – anak buah aku yang lain. Kakak bekerja office hour, akan balik petang. Hujung minggu baru dia akan balik rumahnya sendiri. Hari biasa je dia akan duduk di rumah mertua aku.

Tapi lam a- lama aku agak penat dari segi emosi sebab kakak ipar meletakkan tanggungjawab untuk masak kepada aku walaupun tak dik4takan secara langsung. Kadang-kadang dia beli barang dia akan cakap lauk ni nanti masak sekian – sekian.

Aku tidaklah berdiam saja. Aku terus terang kat suami yang aku pon kadang – kadang penat dan ada masa aku malas masak. Suami aku sangat baik. Dia cakap buat semampunya sahaja. Kalau penat atau malas, beli je. Tapi aku la pulak kesian kat anak – anak buah nak pergi sekolah kalau dorang tak makan. Complicated kan perempuan ni. Hahaha.

Pernah ada sekali tu nak raya haji tapi aku tak sihat dan aku tak reti masak rendang, jadi aku tak masak lah. Aku plan nanti balik rumah family aku yang jaraknya dalam 15 minit, tolong mak aku masak di sana kemudian nanti hantar lauk kat mertua aku.

Tapi malam tu kakak datang dari rumah dia, hantar sikit lauk raya untuk mak. Tiba tiba dia marahkan aku sebab tak masak lauk raya untuk mak mertua aku tu. Aku memang sedih, sentap gila malam tu sebabnya selama ni memang aku yang masak kat rumah tu.

Cuma untuk lauk raya memang aku tak reti dan aku tak sihat malam tu tak larat nak masak. Boleh pulak dia marahkan aku macam tu. Menangis – nangis aku malam tu. Sampai suami aku balik kerja tengok aku bengk4k – bengk4k mata, dia p4ksa cerita kenapa. Aku pon cerita.

Rupanya bapa mertua aku dah awal-awal marahkan kakak sebab cakap kat aku macam tu. Kakak marahkan aku sampai dia block aku di whatsapp dan Fb. Lepas kes tu baru nampak perubahan sikit. Kakak akan masak pagi atau lepas dia balik kerja untuk anak dan suami dia. Jadi aku akan masak untuk suami aku je.

Lepas kes tu aku agak berjarak dengan Kakak sampai entah macam mana hubungan kami jadi seperti biasa semula. Aku lupakan salah faham kami. Yelah nama pon family. Nak berg4duh lama mana sangat kan. Sampai kami dikurniakan anak, aku terus pindah ke rumah family aku sebab ruang yang agak sempit di rumah mertua.

Alhamdulillah Kakak sangat sayangkan anak aku. Kalau jumpa mesti digomol – gomolnya anak aku. Sebab anak aku yang paling kecil. Anak – anak buah lain semua dah besar. Jadi anak aku agak dimanjakan. Selalu dia bagi duit kat anak aku untuk buat belanja walaupun anak aku tu baru setahun dua masa tu.

Kakak ni walaupun nampak sangat berkira (sebab dia kerja akauntan), kalau kami bercuti dia akan kira bajet betul – betul yang kalau shortage RM1-2 pon dia akan cari balik mana yang salah kira. Hehehee. Tapi Kakak sangat lah pemurah sebenarnya.

Untuk adik beradik pon selalu je dia belikan macam-macam bila bercuti. Dan paling best, bila raya dia tetap bagi aku duit raya. Katanya dulu sebab aku tolong jaga mak. Kemudian bila aku dah pindah keluar dari rumah mertua, dia tetap bagi sebab aku dah tak bekerja. Hehee. Maklumlah aku satu – satunya adik ipar perempuan. Last pulak tu.

Tahun berlalu, kami pon dah pindah ke rumah sendiri lepas 6 tahun berkahwin. Sengaja kami pilih rumah dekat dengan kakak – kakak ipar aku yang lain supaya kalau ada em3rgency apa apa senang. 1-2 minggu sekali kami akan berkumpul di rumah salah sorang kakak – kakak ipar.

Dorang akan masak, aku biasanya datang bawak dessert je. Tu pon beli. Hahaha.. Sebab dorang masak sedap – sedap aku jadi malu pulak nak bawak hasil masakan aku. Hahahaha. Beberapa minggu lepas masa berkumpul dengan family mertua aku tiba-tiba rajin masak mihun tomyam.

Kakak puji tomyam aku sedap. Kembang aku. Kahkahkahhh. Aku sebenarnya rindu nak makan kuah lodeh Kakak masak. Tapi aku pikir nanti kan dah nak raya. Tu memang menu utama Kakak bila raya so aku tunggu jela. Segan pulak aku nak request sesaja kannn.

3 minggu lepas, kami berkumpul lagi. Kakak cerita dia baru ambil stok kerepek dari kawan dia. Nak jual untuk bulan puasa ni dan ambil order untuk raya. Dia cakap nak jual harga sekian – sekian tapi aku tak setuju sebab aku cakap Kakak ambil stok dari jauh, kalau letak harga macam ni takde untung, silap – silap rugi ada laa.

Kakak pon dengar cakap aku dan up kan sikit harga jualan dia walaupun dia cakap dia risau orang tak dapat beli sebab mahal. Dia ada cakap kat adik beradik jual murah la kira sedekah. Aku pulak gurau cakap kalau Kakak nak kira sedekah, kakak bagi free jela kat kitorang ni. Tergelak – gelak dia.

Sebelum balik, aku salam dia dan peluk civm pipi dia. Jarang aku buat gini tapi entahlah. Tak sangka, itulah kali terakhir aku jumpa Kakak. Kakak meninggal di tempat kerja sorang – sorang. Dalam keadaan berpuasa, hari Khamis.

Allahu.. masa dapat berita aku terkedu tak tahu nak react macam mana. Sebab Kakak tak s4kit terlantar. Tiba – tiba je. Lama otak aku ni proses baru aku pergi inform mak ayah aku. Aku dan sorang kakak ipar lain teman jen4zah Kakak sebelum bawa pulang dari office ke rumah.

Cuma malam tu aku tak dapat tunggu sebab anak – anak aku takde siapa tunggu. Esok paginya lepas subuh aku dah sampai rumah Kakak. Aku siapkan daun pandan dan bunga untuk bawa ke kubvr. Sebak sangat hati aku ni masa potong bunga sebab Kakak sangat suka pokok dan bunga – bunga.

Aku tunggu Kakak masa mandi jen4zah dan kapan dan hingga ke kubvr. Tu jelah khidmat terakhir aku sebagai adik ipar. Ustazah yang uruskan mandi dan kapan cakap, rezeki arw4h la sebab mudah sangat. Kapas pon selalu tak cukup katanya tapi untuk arw4h sampai terlebih – lebih kapas tu. Alhamdulillah pengebvmian Kakak berjalan lancar.

Malam t4hlil, kakak ipar aku sorang lagi cerita arw4h Kakak tu sangat suka bersedekah tapi dia tak cerita kat orang. Kakak ipar aku sorang tu je tahu sebab dorang rapat. Dia selalu sedekah kat rumah anak yatim, selalu juga masak untuk hantar ke masjid sedekah bagi orang makan.

Dan dia cerita arw4h Kakak pantang je tahu anak – anak aku tak sihat. Mesti dia pergi sedekah kat surau atau masjid dan doakan semoga anak aku cepat sihat. Saat menulis ni, air mata aku tak henti – henti mengalir teringatkan arw4h Kakak.

Terima kasih untuk segala kebaikan Kakak untuk anak – anak orang. Kak, orang rindu. Raya tahun ni takdelah kuah lodeh Kakak ye. Korang yang sudi baca sampai habis ni tolong sedekahkan Al-Fatihah untuk arw4h kakak ipar aku ye. Semoga Kakak tenang di sana dan di tempatkan bersama orang yang beriman. Aamiin.. – Neen (Bukan nama sebenar)

Baca juga: KDN bakal ambil tindakan serius, tetap teruskan siasatan terhadap isu stoking kalimah ‘Allah’