“Kakak nikah tanpa wali, mak ada anak luar nikah”- Lagi pengakuan mengejutkan pengikut GISBH

Berita mengejutkan buat rakyat Malaysia baru-baru ini adalah berkenaan sebuah entiti yang bergerak perlahan namun menggunakan nama Islam iaitu Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

Tidak kurang juga bekas para pengikut GISBH menularkan kenyataan demi mahu menutup terus kumpulan ini yang terang-terangan menunggang ajaran agama Islam yang suci.

Seorang wanita yang menggunakan nama akaun Atirah Azmi di laman facebook, mendakwa dirinya juga adalah salah seorang kanak-kanak yang dibesarkan di rumah amal GISBH.

“Aku salah satu anak yang dipisahkan dari ibu bapa dan dipaksa duduk rumah anak yatim yang ditubuhkan oleh gisb.(With prove aku ada gmbr semasa berada di rumah anak yatim yg ditubuhkan oleh gisb)”.

“Kakak aku dinikahkan tanpa wali, Kawin paksa menjadi madu muda.”

Atirah mendakwa dia, kakak dan juga ibunya sama-sama menjadi pengikut kepada GISBH pada ketika itu.

Kakaknya dipaksa nikah meskipun bukan dari kebenaran wali sebenar dan juga menjadi madu muda kepada seorang lelaki.

Lebih mengejutkan, ibunya mendapat seorang anak yang bukan dari rahimnya sendiri kerana pimpinan GISBH mendaftarkan anak luar nikah tersebut untuk mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang.

“Aku ada adik tiri dari hasil ibu muda tapi di daftarkan atas nama mak aku walapun anak tersebut bukan anak mak aku. Sebab apa?”

“Sebab nikah tk didaftarkan dan salah di sisi undang2. Nikah mengikut Gisb.”

Sebelum ini, tular berita mengenai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan daripada 20 rumah amal kendalian kumpulan perniagaan bermotif agama di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Baca juga: Tular! Bekas pengikut tegar GISBH dedah kebenaran sebenar