Kaki ‘hiking’ mungkin boleh cuba ‘cabaran’ mendaki Gunung Benten yang diuar-uarkan sebagai paling selamat lantaran tiada kes pendaki sesat dan hilang.
Gunung yang terletak di wilayah atau Prefektur Tokushima ini digelar gunung semula jadi paling rendah di Jepun.
Tingginya hanya 6.1 meter sekaligus merupakan antara gunung paling rendah di dunia, lapor laman berita Odditycentral.
Gunung Benten yang terletak di kawasan sawah padi yang subur itu didaki kira-kira 10,000 orang menuju ke puncak gunung pada setiap tahun.
Pencapaian mendaki gunung yang tingginya seperti cuma mendaki tingkat dua bangunan itu mengambil masa satu minit sahaja untuk sampai ke puncaknya.
Dibuka secara rasmi kepada pelancong bermula 1 Jun lalu, mereka yang mendaki hingga ke puncak akan diberi ganjaran Sijil Bukti Penskalaan.
Hanya pendaki perlu membayar sedikit yuran pendakian dengan Kuil Itsukushima berada di puncak gunung.
Sepanjang tahun, Gunung Benten turut menganjurkan pelbagai acara termasuk perayaan bunga sakura dan majlis perkahwinan.
Benten juga dianggap gunung paling selamat di Jepun kerana tiada laporan kemalangan atau kehilangan pernah direkodkan.
Sebagai perbandingan, gunung tertinggi di Jepun iaitu Gunung Fuji memiliki ketinggian 3,776 meter.
BACA JUGA Terkejut remaja ini cuba dapatkan rawatan di wad kecemasan, lain pula jadinya