Dibesarkan dalam keadaan tertekan menyebabkan individu mengalami anxiety. Ikuti kisah ini.
Aku kakak. Umur 23 tahun. Sekarang sedang melanjutkan pelajaran peringkat degree di IPTA. Tempoh pengajian berbaki kurang setahun. Aku adalah anak sulung dan ada adik lelaki 3 orang. Nak meluah kat sini sebab aku penat. Nak minta korang pujuk aku.
Aku akan mulakan dari zaman aku kecil ya. Jadi pembaca semua boleh faham kenapa aku jadi macam sekarang. Aku selalu kena marah dengan mak ayah dan nenek. Dorang banyak lebihkan adik-adik berbanding aku. Nenek pulak suka kambing hitamkan aku untuk cover kesalahan adik-adik aku.
Jadinya mak ayah akan marah aku. Kalau nasib aku malang hari tu, aku kena libas lah. Begitulah hari-hari aku sampai sekolah menengah. Bezanya, bila dah besar ni dah tak kena libas tapi kena marah and kena silent treatments. Adil ke?
Nenek pula jenis bermuka dua (ye ke?) Depan mak ayah aku kemain eh baik sungguh. Tapi bila mak ayah aku takde, dia tunjuk taring. Dia tengking, maki hamun aku. Pernah mengadu kat ibu, ibu buat bodoh je siap pertahankan nenek, biasalah orang tua… Kakak kena sabar. Kakak tak boleh sabar ibu.
PKP dulu teruk aku kena ya. Aku tengah kelas online kat rumah and everyone else takde, pergi kerja dan sekolah. Teruk kena tengking dengan nenek paksa buat kerja rumah. Aku buat, cuma jadual kelas yang flexible, kadang-kadang aku buat sebelum / selepas kelas.
Kadang-kadang, ada satu task aku terlupa buat. Biasalah, kena tengking. Pastu dia cerita kat orang luar, aku tak buat kerja. Habis siapa buat semua kerja rumah? Saka beliau agaknya. Sekarang nenek dah tua dan tak mampu nak bergerak, terlantar.
Nak makan nak mandi, orang kena buatkan kat dia. Sape yang kena jaga beliau? Aku. Mana cucu-cucu kesayangan beliau? Ada tapi masing-masing buat bodoh. Tak ambil kisah langsung. Ini kalau korang buat kalut pasal harta aku libas sorang-sorang.
Adik-adik pun, boleh je ambilkan air. Tekan je weh butang tu, bukan suruh masak atas api pun air tu. Tak boleh buat. Semua passkan kat aku. Ibu ayah pulak, tak peduli pun pasal aku. Dorang cuma fikir result exam aku je.
Ada sekali dekat sekolah aku demam dan senggugut. Call ibu minta datang ambil aku nak balik sebab sakit. Ibu marah, jangan mengada katanya. Kakak tu nak SPM nanti nak jawab apa kalau ponteng? Dengar je lah cikgu mengajar tu.
Aku sakit tau. Sakit. Bukan sengaja. Even aku MC pun, sehari je. Bukan berhenti sekolah terus. Tapi adik-adik, sakit kaki sikit je boleh pulak ponteng, habis dorang tak SPM?? Oh lupa anak kesayangan. Aku ingat lagi bila parents belikan baju baru kat adik-adik tapi tak beli kat aku. Alasan? Terlupa.
Adik-adik pakai baju baru aku pakai baju lama ibu ayah yang lusuh. Bersyukur katanya. Tiberr nak bandingkan anak-anak kat syria takde baju nak pakai. Ingat lagi bila kami keluar makan malam. Masa nak lintas jalan dengan kereta laju giIa, ayah aku biar je aku kat belakang sorang-sorang.
Dia jalan dengan ibu adik-adik. Aku dia biar weh. Ini kalau aku mati kena rempuh mesti dia salahkan pemandu tu sebab beliau tak pernah salah. Aku ingat lagi ibu marah aku depan orang sebab aku tersalah cakap kat kaunter. Malu weh orang tengok.
Dah bagitau benda ni urusan rasmi, ibu lah buatkan dia lagi tahu procedure. Ibu suruh belajar buat sendiri. Okay. Aku buat silap sungguh kemudian kena marah depan orang. Ingat lagi bila aku mengadu demam, ibu buat bodoh je.
Boleh je drive pergi kIinik. Tapi tak, dia suruh aku tidur je dulu. Kalau teruk baru pergi kIinik. Sudahnya, 2-3 hari dah demam baru bawa pergi kIinik. Bila tegur, dia marah aku balik. Masa kena food poisoning, around Isyak, aku dah start pening.
Ayah ada tanya kenapa and aku jawab aku demam sebab FP. Pergh dia buat dono je kat aku. Boleh je drive bawa pergi kIinik tapi tak. Dalam pukuI 11 aku masih tak okay. Dia marah kenapa tak bagitahu awal-awal, boleh pergi kIinik.
Dah tegur, “tadi dah bagi tahu ayah buat bodoh je” lepas tu kena palau. Marah lah tu aku tegur dia. Ayah masuk bilik terus tidur. Tak pergi kIinik pun.. Aku ingat je apa ibu ayah kata kat aku, “Otak tu letak kat lutut” aku tersalah letak barang. “Kakak ni teruk lah” – silap beli barang.
“Habistu nak buat apa?” – aku mengadu sakit. Masa tu, aku ni kecik lagi tau. Memang aku layak dihukum macam tu atau ibu ayah aku yang melampau. Susah jugak la sebab kena gaslight je. Aku pernah luah semua benda ni, kata kakak stress sebab memanjang kena tengking, terasa dengan ibu ayah.
“Alah, ibu ayah kerja lagi stress”
“Bagi itu ini nak stress kenapa?”
“Jangan berdendam dengan ibu ayah”
“Berdosa tau kakak cakap macam tu dengan ibu”
Walaupun aku dapat layanan macam tu dari ibu ayah, aku tetap sayang dorang. Dorang dah pesan nanti dorang tua aku kena jaga. Aku jugak ke? Sekarang aku dah ada masalah anxiety dan depression, terima kasih ibu ayah atas hadiah yang tak ternilai.
Hahahah merana lah aku sampai tua. Padan muka. Kalau jadi anak lelaki mesti tak hidup macam ni. Pergi jumpa therapist dah tapi tu lah, senang triggered dan relapse. Aku tak makan ubat sebab doktor kata tak perlu.
Entahlah. Dosa apa lah aku ni kena uji macam ni dari kecil sampai sekarang. Ada kawan pun talam dua muka, tikam belakang, tuduh aku macam-macam. Korang doa je lah aku boleh habiskan degree, kerja jauh dari family for my own sanity.
Semoga berjumpa jodoh, dapat keluarga mentua yang baik sebab aku penat jadi berdikari. Nak jadi budak balik. Nak orang sayang, hargai, jaga aku dengan baik. Terima kasih pembaca semua. Terima kasih orang baik-baik. – Kakak (Bukan nama sebenar)