Kalau buat ‘confirm’ kaw! Ini resepi mudah homemade Masala Tea untuk pencinta hindustan..

Teh masala yang dikenali dari India ini mempunyai pelbagai ramuan yang unik. Teh ini dibancuh dengan pelbagai rempah yang memberikan pelbagai khasiat unik masing-masing.

Untuk mereka yang belum mencuba teh masala ini, apa kata cuba membuatnya sendiri di rumah? Anda boleh mencuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Humaira di bawah ini.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 liter air
  • 7 uncang teh
  • 5 biji bunga cengkih kecil
  • 3 biji buah pelaga
  • Secubit jintan manis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 inci halia diketuk
  • 5 sudu besar susu pekat atau ikut manis disukai
  • 1 cawan susu kotak
  • 2 sudu besar susu tepung
Masala tea

Cara-caranya:

Panaskan air dalam periuk hingga mendidih. Kemudian, masukkan uncang teh ke dalam air mendidih, diikuti dengan semua bahan rempah dan halia.

Dalam satu bekas, campurkan susu kotak, susu pekat, dan susu tepung. Gaul rata sehingga semua bahan larut.

Tuangkan campuran susu yang telah dibuat tadi ke dalam periuk teh. Kacau rata sehingga sebati. Teh masala anda kini siap dihidangkan!

Selamat mencuba!

Baca juga: Pengantin berjimat next level! Nekad hidang Indomie pelbagai perisa untuk tetamu, siap buat buffet lagi