Seorang wanita yang dikenali sebagai Suhaila Saad yang menulis di Facebooknya langsung bercerita tentang rumah sewanya yang bukannya rumah berhantu tapi memiliki tuan rumah yang tidak berperikemanusiaan.
Sebagai pengalaman penyewa disini selama 2 bulan, saya nasihatkan sesiapa yang nak menyewa disini fikirlah masak-masak, buat solat istikarah, ramai lagi penyewa-penyewa sebelum saya masuk semua sewa sebulan ja.
Cuba fikir kenapa orang sewa dalam tempoh yang singkat? Serius penat sewa 2 bulan baru habis angkut barang dari rumah lama, terpaksa angkut pulak ke tempat lain.
Tuan rumah tak berperikemanusiaan. Masa saya nak masuk tu memang dia bagitahu penyewa sebelum ni sewa sebulan pastu dia cakap sebab penyewa tu taik dadah la apa la… dia burukkan penyewa sebelum sebab tu dia halau penyewa sebelum.
Tuan umah ni jenis nak makan deposit orang. Sebab penyewa sebelum yang dia halau semua dia tak bagi balik deposit. Dengan saya dia terpaksa bagi sebab saya ajak berdepan untuk serah kunci.
Masa mula-mula saya pergi tengok rumah, dia langsung tak cakap apa-apa syarat. Cuma dia cakap dia bukan nak bagi sewa sangat pun sebenarnya…nak cari orang jaga rumah ja… bila saya dah tengok dan setuju untuk sewa, dia buat surat perjanjian melalui wasap sahaja.
First day saya dapat kunci, saya masuk rumah tapi penuh dengan barang-barang dia sedangkan masa saya pergi tengok rumah sebelum tu dia cakap tengah nak cuci-cuci dan kemas buang barang-barang yang ada.
Tapi bila saya dah dapay kunci barang-barang dia banyak sangat dalam rumah. Barang dia niaga macam kaki dapur kaki meja, meja kerusi pinggan mangkuk gelas penuh almari. Rumah tu ada 2 ja bilik, satu bilik tu dah penuh dengan barang dia. Atas beranda pula hal…
Cuba fikir kenapa orang sewa dalam tempoh yang singkat?
Saya nasihatkan tak payah sewa disini carilah rumah lain. Ikhlas dari hati.
Baca juga: Enggan daftar status perkahwinan punca wanita ini diculik oleh Pengurus Tahfiz yang juga suaminya