Kalau jodoh tidak kemana! Lelaki kahwini bayi dilihat dalam ‘stroller’ 20 tahun lalu

Pepatah mengatakan jodoh tidak kemana apabila seorang lelaki telah bertemu jodoh dengan seorang bayi yang dilihat di dalam ‘stroller’ 20 tahun yang lalu kini menjadi isterinya.

Rich Foetu Tomkinson tidak menyangka isterinya yang kini berusia 29 tahun merupakan bayi yang dilihat di dalam kereta sorong berpuluh tahun lalu.

Newyorkpost melaporkan, Rich, 48, sebelum itu pernah melihat isterinya disorong ibunya pada tahun 90-an di kawasan kejiranan mereka.

Namun, pasangan dengan jarak usia hampir dua dekad itu bertemu kembali pada Oktober 2018 sebelum membuat keputusan untuk berkahwin Julai lalu.

Isterinya Evie, 29 yang mengahwini Evie memyifatkan ia adalah keputusan terbaik didalam hidupnya

Evie berkata, situasi agak janggal apabila mengetahui dia sudah bertemu suaminya ketika masih bayi.

“Usianya bukan halangan kerana dia seorang yang berjiwa besar dan dia akan menjadi bapa yang hebat,” katanya akan memiliki anak tidak lama lagi. .

Evie mengakui tertarik dengan personaliti Rich ketika pertama kali bertemu sebelum membuat keputusan untuk hidup bersama.

Rich yang bekerja sebagai juruukur berkata, agak pelik apabila mengenangkan detik pertemuan dengan isterinya ketika wanita itu masih bayi.

“Ini sesuatu yang pelik apabila dikenang kembali bagaimana kami bertemu.

“Usia hanya sekadar angka dan ia tidak menghalang kami untuk jatuh cinta walaupun jarak usia 19 tahun,” katanya.

Baca juga:

Isu peniaga jual nasi ayam, itik akan disiasat JHEAIPP hari ini

Baca juga:

“Ingat! Kawan komen sekadar beri semangat padahal di belakang sindir, gelak ketawa tengok kesusahan kita”