‘Kalau kat kedai Seafood ni, tengok poket dulu matt kalau nak belanja orang’

Hasil tinjauan yang dilakukan oleh The Malaysia Life rata-rata netizen bersetuju dengan kedai seafood yang kenakan caj kepada Ekin iaitu isteri Mawi dengan jumlah orang makan amat berbaloi dengan hargannya.

Jadi tidak perlulah untuk memperbesar-besarkan isu seperti kata salah seorang pengguna Facebook Muhammad Haffiz yang menyifatkan logiklah beliau dikenakan caj sebanyak RM1200.

“Kalau kes macam ni betul-betul kedai makana laut, datang pulak 20 orang dan order hampir semua jenis kepelbagaian biodiversity hidupan lautan, aku rasa logik akal kena RM1200.

“Bayor jelaa,”katanya.

Beliau berkata kedai tomyam biasa bahkan sekali sekala makan mewah standard harganya lebih kurang RM100 untuk 4 beranak.

“4 beranak macam aku ni, kalau pergi Jeram ke, Bagan Lalang atau Ana ikan Bakar Petai, bajet kena la lebih sikit… Bawa RM200 biasanya.

“Aku bab makan kat kedai² Seafood ni, tengok poket dulu matt kalau nak belanja orang,”katanya.

Baca juga: Putera Mateen akhiri zaman bujang pada Januari 2024, ‘habislah korang’