Kalau ke Putrajaya, jangan lupa ‘OOTD’ dekat Taman Persahabatan Malaysia-China

Para pengunjung yang mungkin merancang untuk melawat pantai buatan terbaru di Putrajaya, anda juga sebenarnya boleh melawat Taman Persahabatan Malaysia-China yang terletak di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya.

Taman persahabatan ini tak jauh pun dari kedudukan pantai yang anda hendak pergi. Yang pastinya ‘vibes’ di sana sangat ‘Instagrammable’ untuk anda yang memang suka berselfie!

Difahamkan, Taman Persahabatan Malaysia-China dibina untuk memperingati 40 tahun persahabatan antara Malaysia dan China pada tahun 2017 tetapi tidak ramai yang tahu kewujudan taman ini.

Anda akan terasa seperti berada di China walaupun tidak ke negara tembok besar itu.

Taman ini juga direka bercirikan elemen ‘Lingnan-styled garden’ dan lengkap dengan elemen Cina seperti gunung, air, batu, bangunan, kaligrafi dan tumbuh-tumbuhan.

Anda juga boleh bersantai atau beriadah bersama keluarga di kawasan sekitar taman ini.

Lokasi Taman Persahabatan Malaysia-China yang berhadapan dengan tasik Putrajaya dan ruang legar yang luas, pengunjung boleh berkelah atau melakukan pelbagai aktiviti menarik di situ.

Bukan tu sahaja, anda juga boleh singgah di Royal Floria Putrajaya yang juga terletak di Presint 4, dalam kawasan sama dengan taman persahabatan ini.

COMMENTS