Salam semua, aku ni mak aku baru telefon tadi, menangis-nangis cerita pasal makcik aku kena dera dengan suami dia. Aku nak tolong makcik aku tapi aku tak tau cara.
Aku dah cuba google tapi tak dapat penjelasan yang aku cari, jadi aku ambil keputusan untuk buat luahan dekat sini, mana la tau ada confessor yang boleh bagi jalan untuk aku tolong makcik aku.
PENGENALAN. Mak cik aku umur awal 50 an, orang kampung, tak berpendidikan dan tak pernah bekerja. Banyak sakit kronik dan dah buta sebeIah mata. Suami makcik aku umur lewat 50-an, tak berpendidikan juga tapi berkemahiran tinggi sebagai ahli perniagaan. Duit berkepuk la orang kata.
Masih fit dan tak nampak macam umur 50 lebih. Beza dengan makcik aku yang banyak penyakit. Diorang ada 4 orang anak, semua dah bekerja kecuali yang bongsu masih sekolah.
ISU. Pak cik aku seorang yang panas baran dengan makcik aku tapi amat lemah lembut dengan anak-anak dan orang luar. Dari muda pakcik aku tuduh makcik aku perempuan jahat, kaki zina dan banyak jantan.
Yang ni aku dengar sendiri sebab ada sekali aku termasuk bilik diorang waktu diorang balik kampung. Aku sekolah rendah lagi waktu tu tapi aku memang ingat benda tu sebab aku terkejut pakcik aku yang soft spoken tu naik tangan dekat makcik aku dan hempas ke almari.
Dipendekkan cerita, ke umur lewat 40-an diorang, pakcik aku mulakan giIakan perempuan siam. Janda anak 1. Mula dari kemunculan perempuan tu, pakcik aku makin teruk layan makcik aku secara mentaI dan menyebabkan makcik aku tak tahan sangat dan bagitau mak aku pasal benda ni.
Mak aku cerita kat aku dan bagitau yang dia tak berapa nak percaya apa yang makcik aku cakap sebab pakcik aku kan nampak macam malaikat. Lepas tu anak-anak makcik aku pun masuk beIah ayah diorang.
Tiap kali pakcik aku maki dan mencarut dekat makcik aku, anak-anak dia akan cakap “mak la tu saja provok ayah”. Kemuncaknya bila dia kantoi bercium dengan perempuan siam tu dalam kereta dan anak dia bukak pintu kereta sebab ingatkan nak surprise ayahnya.
Sejak tu anak-anak diorang pun mula tak cakap dengan pakcik aku. Tapi diorang masih tak pertahankan atau lindung mak diorang waktu kena maki. Pak cik aku dah tak pukuI fizikaI sekarang, tak tau kenapa. Tapi makian dia, segala jenis kata carutan keluar.
Dia cakap makcik aku betina murah, bawak jantan masuk rumah, mak bapak tak reti ajar dan macam-macam la.. Sampai aku yang dengar ni pun rasa macam nak pergi balun je kepala orang tua tu sebab hina arwah nenek aku.
Lepas tu dia akan tengking dan ugut untuk buat yang bukan-bukan. Kadang-kadang kalau lauk tak kena selera, dia tonyoh muka makcik aku dalam pinggan makan pastu dia Iudah muka makcik aku (aku dah double confirm cerita ni dengan 2 orang sepupu aku).
Mak cik aku dapat severe hypertension dan minor stroke pun sebab perangai pakcik aku ni la yang tiba-tiba jerit jerit ugut nak sepak dia bagai. Punca yang boleh trigger pakcik aku? Tak ada sapa tau, selalu dia balik rumah terus mengamuk-ngamuk tuduh makcik aku berzina dengan jantan.
Mak cik aku tu tak boleh bawak motor, tak boleh drive. Memang 24 jam dia dalam rumah tu. Tak kan la dia nak bawak masuk jantan dalam rumah tu dengan anak-anak ada ja kat dalam. Jadi kitorang syak perempun siam tu yang hasut pakcik aku atau pakcik aku tu memang giIa.
MASALAH. Situasi sekarang ialah makcik aku diagnosed dengan severe depression dan hypertensive emergency yang sebabkan dia buta sebeIah mata. Ayat dia yang buat aku menitik air mata ialah, “Agaknya sampai mati pun mak lang tak rasa bahagia dalam hidup ni”.
Ini memang aku nangis lah bila dengar. Mak cik aku nak bercerai dengan pakcik aku. Dia dah pernah pergi ke pejabat agama, tapi pejabat agama cakap tak boleh buat apa, cuma boleh bagi kaunseling sahaja dulu. Kalau nak terus fasakh, kena bawa saksi yang diyakini.
Mak cik aku pergi jumpa imam belakang rumah diorang, minta jadi saksi sebab imam tu dan keluarga dia memang tiap- tiap hari boleh dengar pakcik aku maki hamun. Tapi imam tu cakap dia tak nak tumpang dosa merobohkan masjid.
Mak cik aku proceed kaunseling, dalam bilik kaunseling pakcik aku menangis-nangis mengaku tak pernah mengasari makcik aku dan tuduh makcik aku ada jantan lain. Balik dari kaunseling 1, pakcik aku ugut makcik dengan pisau pula, cakap kalau berani pergi la kaunseling sesi 2. Akhirnya benda tu dilupakan macam tu ja.
Pernah sekali makcik aku kol 999 waktu pakcik aku mengamuk rosakkan barang-barang dalam rumah. Polis datang, pakcik aku play victim dan polis nasihatkan makcik aku untuk tak buka report sebab, “masalah dalam kelambu tak payahlah nak cerita semua”.
Aku bagi penyelesaian untuk sepupu aku record waktu ayah diorang mengamuk tu supaya ada bukti untuk bawa ke mahkamah bagi fasakh atau hakam. Tapi tak tau macam mana, kantoi dengan pakcik aku.
Dia hempuk telefon tu dan sepupu aku pun kena la dengan ayah dia. Sepupu aku lari ke rumah abang dia di kl. Sekarang ni, semua anak-anak tak berani masuk campur untuk selamatkan mak diorang. Diorang semua memang macam makcik aku, naif dan lemah lembut.
Ada sekali si abang yang di kl tu janji nak tolong larikan makcik aku, so makcik aku pun bungkus beg baju semua gembira nak keluar dari neraka dunia. Plan diorang nak lari pukuI 2 pagi. Makcik aku tunggu dan tunggu anak “jantan” dia. PukuI 6 si abang call menangis-nangis minta maaf sebab dia tak nak derhaka dekat ayah diorang.
Aku nak larikan makcik aku, makcik makcik aku yang lain pun setuju dan nak kongsi kos. Tapi ini terlampau berisiko. Satu aku perempuan bujang, kalau pakcik aku tau kat mana makcik aku, habislah aku. Kedua, kalau pakcik aku failkan tuduhan nusyuz dan aku pun terbabit sama sebab larikan bini orang. Aku penjawat awam, kalau naik kes mahkamah tak larat juga nak menjawab.
TOLONG AKU. Jadi apa patut aku buat untuk membolehkan makcik aku bercerai dengan pakcik aku. Aku taknak nyawa makcik aku melayang dekat tangan suami tak guna dia tu. Dalam keadaan semua orang termasuk aku tahu akan penyiksaan tersebut tapi tak buat apa-apa.
Kalau boleh, aku nak cara yang makcik aku boleh terus keluar dari rumah tu. Sebab kalau nak ulang balik kaunseling tu semua, memang makcik aku terlalu trauma. Atuk nenek aku dah arwah, kalau diorang masih hidup, Allah, aku tak taulah, mesti hancur hati diorang tengok anak perempuan bongsu diorang dilayan lagi hina dari binatang. Disiksa sampai buta. Terima kasih untuk pertolongan anda semua.. – UselessNiece (Bukan nama sebenar)