Tular di laman sosial sebuah video yang dikatakan dirakam di sebuah sekolah di Terengganu dimana salah seorang muridnya ditampar oleh guru besar.
Melalui video tersebut, boleh dikatakan ketika itu sedang berlangsungnya sebuah majlis namun tindakan guru tersebut dikatakan dilakukan kerana menegur kesalahan kanak-kanak itu.
Video yang dikongsi oleh Mohd Fadli Salleh di laman facebook menunjukkan perbuatan guru tersebut dilakukan di hadapan guru yang lain namun tiada siapa yang tampil untuk mempertahankan murid tersebut menimbulkan kemarahan netizen.
Hantaran tersebut meraih 1.6k komen dan juga 523 share ketika ini yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan tindakan pendidik tersebut.
“Kita nak orang hormat dan respek kita, tapi tindakan kita buat orang marah dan hilang hormat. Dah macamana.”
“Yang saya sedih cikgu2 lain tengok dan rakam je ke..?”
“sedihnya mesti budak tu berdendam ngn cikgu tu nanti..”
Baca juga: 4 kes kehilangan dan pembunuhan kanak-kanak di Malaysia, yang no 2 tu paling menyayat hati