Isu Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang menetapkan mereka yang berumur dari 16 ke 35 tahun, hangat diperkatakan sehingga ramai netizen mula membuat klip video yang memuji kerajaan dan tidak kurang hebatnya juga yang kondem kerajaan.
Seperti yang kita sedia maklum PLKN bakal laksanakan semula oleh kerajaan dan akan membuat pengambilan meliputi mereka yang berumur dari 16 ke 35 tahun.
Disebabkan itu, ada netizen yang mencadangkan agar golongan pempengaruh menjadi peserta dalam pengambilan pertama program itu.
Para netizen mula menyenaraikan beberapa nama pempengaruh seperti Imran Bard sebagai Ketua Platun Mawar, Azfar Heri sebagai Ketua Platun Bakawali, Ajibtoo sebagai Ketua Platun Orkid dan Kieda Crepe sebagai Ketua Platun Keseluruhan.
Yang lucunya perkongsian ini telah meraih lebih daripada 6,000 jumlah perkongsian dalam masa 4 jam menerusi platform media sosial X.
Ia juga turut mendapat perhatian salah seorang tuan empunya badan iaitu Azfar Heri.
“Tak Nak”,” tulis Azfar Heri sebaik sahaja disaran netizen sebagai Ketua Platun Bakawali. Macam-macam lah netizen ini.
Ha satu lagi, Khairul Aming juga memberikan respon dengan berseloroh bahawa peserta dapat menikmati resipi baharu setiap hari air tanganya sepanjang tempoh 45 hari berkhidmat di PLKN.
Malah, Khairul Aming sempat bergurau, peserta lain yang sama dorm dengannya boleh dapat sambal percuma.
Hurm, kelakar lah, tapi la kan kalau lah betul-betul jadi, mesti best kan? Min nak sama dorm dengan Khairul Aming.
Dalam pada itu seorang palakon Aliff Satar bersetuju umur yang disarankan kerajaan iaitu sehingga 35 tahun kerana mereka ramai yang tidak fit.
“Saya berasa tidak perlu jadikan usia 35 tahun sebagai isu kerana perkara itu akan menyebabkan program itu dipandang negatif.
“Saya lihat sekarang ini mereka yang berusia 30-an , ramai yang tidak ‘fit’.
“Justeru, dengan adanya program PLKN ini, ia mampu untuk membantu mereka yang menjalani hidup yang lebih sihat dan berdisiplin,” katanya.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila ada pihak membuat ciapan dengan mendakwa peserta yang akan dipilih menyertai PLKN untuk fasa 3.0 ini adalah dalam kalangan belia yang berusia 16 hingga 35 tahun.
Rentetan itu, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati kerana peluang untuk dipilih menyertai program berkenaan tinggi walaupun sudah berusia 25 tahun ke atas.