Dikurniakan pasangan yang bertolak ansur, mengambil berat dan penyayang memang impian setiap orang. Namun, memang wujud suami yang lebih mementingkan orang luar daripada isteri sendiri.
Itulah yang dirasai oleh penulis kali ini yang berkongsi kisahnya. Ikuti kisah ini. Hi pembaca. Saya sudah berkahwin selama 12 tahun. Saya kenal dengan suami semasa kami berdua belajar di luar negara.
Saya habis belajar dulu sebelum suami sebab dia sentiasa gagal masa peperiksaan disebabkan terpaksa belajar dan kerja pada masa yang sama.
Saya bukan dari keluarga berada tapi sebab keputusan spm bagus jadi dapat sponsor belajar di luar nagara. Saya selalu tolong dan support dia di sana semasa dia susah, ketika dia menangis kerana gagal peperiksaan dan terpaksa bekerja.
Sampai saya pernah menjadi penjamin bank untuk dia dapatkan pinjaman bank untuk tampung yuran universiti. Ketika itu dia berjanji akan bahagiakan saya dan baIas jasa saya bila dia sudah berkerja.
Saya mula bekerja sebagai jurutera dan beberapa tahun selepas itu, suami saya pun habis belajar. Kami memutuskan untuk berkahwin setelah 6 tahun berkenalan.
Sebelum berkahwin dia tersangatlah baik, setia mendengar luahan hati saya, sentiasa ada dengan saya. Semuanya nampak sempurna. Kami berkahwin seteleh pulang ke tanah air dan tinggal bersama dengan mak ayah dia.
Di situlah masalah bermula mak dia sentiasa campur hal rumahtangga kami. Kami tidak dibenarkan untuk pergi bercuti tanpa membawa keluarga dia dengan alasan suami adalah anak sulung dan dia bertanggungjawab terhadap mak ayah dan adik beradik dia.
Kalau saya mengadu kat suami, kenapa adik beradik kena ikut dia pernah angkat tangan kerana dia kata saya memecah beIahkan keluarga dia. Suami saya ni semua perkara dia akan cerita pada ibu dia. Saya ada masalah hormon dan dicop sebagai manduI selepas 3 bulan berkahwin.
Saya hamil pada tahun bertama perkahwinan dan saya ingatkan suami saya akan berubah dengan kehadiran anak kami. Business suami semakin berkembang maju. Pada awalnya, sayalah satu-satunya pekerja dia ketika dia mulakan business dia.
Dia kenalkan saya sebagai pekerja dia dan ketika saya pergi berjumpa client atau melalui telephone, dia larang saya untuk beritahu bahawa saya adalah isteri dia dengan alasan orang akan pandang rendah kepada dia kerana tidak mempunyai pekerja.
Setelah berkahwin saya tidak dibenarkan untuk bekerja dan diberikan janji palsu untuk bekerja dengan suami ketika business dia sudah berkembang.
Sekarang business dia sudah maju saya tidak disuruh melakukan apa-apa kerja kerana dia sudah mempunyai staff. Namun saya tidak diberikan gaji cuma kadang-kadang diberi sedikit elaun.
Dia sentiasa hina saya, katanya dia berjaya dengan degree yang dia ada, saya tidak akan dibayar gaji yang tinggi. Dia juga malu untuk beritahu kawan-kawan dia yang isteri dia bekerja dengan gaji yang rendah berbanding apa yang dia dapat dari busineess dia.
Dia sangat kedekut dengan isteri, tak pernah belikan baju atau apa-apa. Handphone beli yang paling murah sekali. Saya sekarang pun pakai baju dari 10 tahun yang lepas.
Tetapi satu je yang buat saya pegang pada suami, dia seorang ayah yang baik, sentiasa menunaikan permintaan anak. Saya tidak boleh tuntut cerai sebab suami saya orang yang berpengaruh. Dia pasti tak akan benarkan saya untuk berjumpa dengan anak.
Jadi saya teruskan demi anak sedangkan hubungan kami sangat teruk. Baru-baru ni saya dapat tahu semua wang simpanan dia, semua rumah adalah atas nama dia dan ayah dia.
Saya sangat sedih, selama ni saya yang tolong dia masa dia susah. Tapi saya dianggap sebagai orang asing, tidak dibenarkan untuk pandu kereta dia. Ketika dia keluar dia sentiasa kunci pejabat walaupun saya berada di sana.
Apa perancangan untuk masa hadapan seperti hal pembelajaran anak pun dia akan berbicang dengan ibu dia dulu dan bukan saya. Hati saya ni dah tawar terhadap dia. Dia tidak pernah tanya adakah saya sihat, teringin nak makan apa, perasaan saya.
Kalau sakit dia akan cakap padan muka, bazir duit dia pergi kIinik. Kalau dengan client, huh dia akan belanja siap sponsor macam-macam. Tolong bagi pendapat apa yang boleh saya lakukan. Saya tiada kawan kerana sanngggaat setia dengan dia selama ini.
Ibu dia pun selalu buat hal dengki kalau kami beramah mesra mesti ada dia kan tidak puas hati dan kami akan bergaduh. Sampai anak-anak saya dia hasut kata saya ni jahat. Dia ajar cucu-cucu ni mencarut ketika mereka kecil.
Saya tidak akan tinggalkan dia demi anak-anak, saya tidak mahu anak-anak saya menderita bila kami berpisah. Tapi saya keseorangan, susah, sakit atau ada apa-apa masalah saya tidak boleh bercerita dengan suami. Saya keseorangan.