Zaman kini ramai anak muda yang amat menyukai aktiviti lasak seperti mendaki, bungee jumping, flying fox dan banyak lagi.
Bagi aktiviti mendaki, sudah seperti satu kemestian untuk membawa barang membawa beg galas yang berat kerana perlu memuatkan semuanya di dalam satu beg.
Namun, sedarkah anda?Andai anda salah teknik dalam membawa beg galas yang berat, ia akan memberi kesan kepada tulang belakang seperti slip disc.
Mari kita perhatikan dengan teliti satu-persatu bagaimana caranya, jangan sampai terlambat baru kita ingin mencari penyelesaiannya.
1) Bentukkan kaki kekuda
Mula-mula, sandarkan beg galas yang sarat dengan barang-barang di lantai pada kaki anda.
Dalam keadaan berdiri, lunjurkan sedikit kaki anda ke hadapan untuk membentuk posisi seperti kaki kekuda.
Kemudian, tarik beg tersebut ke atas dan pasangkannya pada bahagian paha, pastikan anda memegang beg dengan kemas supaya ia tidak terlepas daripada pegangan.
Di samping itu, luaskan kedua-dua kaki kanan dan kiri agar badan anda lebih stabil.
2) Bongkokkan ke hadapan postur badan
Masukkan satu tangan anda melalui tali penyandang beg, sambil itu bongkokkan postur badan anda ke hadapan.
Ia merupakan perkara yang sangat kritikal kerana jika anda cuba untuk menggalas beg dalam posisi berdiri lurus, ia akan memberikan tekanan yang besar kepada bahagian pinggang anda, dan ini boleh menyebabkan kecederaan.
Seterusnya, dengan postur badan yang masih menunduk, tarik beg ke belakang untuk menggalas.
Kemudian, masukkan sebelah tangan anda lagi melalui tali penyandang beg.
3) Ketatkan tali penyandang beg
Pastikan anda menjaga postur badan yang membongkok dengan baik sambil memastikan bahawa badan anda rasa selesa ketika mengangkat beg.
Jika perlu, lakukan penyesuaian postur yang sewajarnya untuk menghindari tekanan yang tidak perlu pada tubuh anda.
Sila ketatkan tali penyandang beg mengikut keselesaan anda, dan setelah itu, tegakkan semula postur badan anda dengan baik.
Jangan lupa kancingkan (buckle) tali beg pada bahagian dada dan pinggang.