‘Kalau tahu positif, duduklah diam-diam’ – Netizen bengang lelaki pergi joging ketika positif

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Sejak semalam tular di media sosial berhubung perkongsian seorang lelaki yang mengatakan dia berjaya mengubah status Covid-19 dari positif kepada negatif selepas dia berjoging di luar rumah.

Video yang bermula di TikTok itu tular di Twitter apabila pemilik video berkenaan memberi tips agar mereka yang positif Covid-19 pergi berjoging jika mahu status jadi negatif dengan cepat.

“Tips untuk yang positif, pergi lari 10km mesti akan jadi negatif!

“Petang kelmarin positif. Semalam tak boleh tidur. Habis badan berpeluh, peluh busuk gila. Bau dia macam peluh toksik orang yang tak pernah buat apa-apa tapi berpeluh.

“Saya positif tetapi saya jalankan aktiviti sukan di kawasan yang sunyi,” kata lelaki berkenaan dalam video pendek itu.

https://twitter.com/pedoqpop/status/1502827113787052033?s=19

Tindakan itu bagaimanapun mengundang pertikaian orang ramai kerana individu positif Covid-19 sepatutnya dikuarantin dan tidak boleh keluar rumah.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sangsi dengan perkongsian lelaki tersebut sehingga menarik perhatian seorang doktor perubatan awam yang menafikan perkara tersebut.

Dr Khairul Hafidz di Twitter menegaskan bahawa berlari 10 KM tidak akan menyebabkan status Covid-19 yang positif, dengan segera berubah jadi negatif.